Al kisah orang buat biskut
krim cheese a.k.a cheesekut bunyi macam kedekut aku pun nak try buat
jugak. Tapi risau jugak la kot tak sedap nanti ada pulak mulut-mulut gatal yang
kome yerk tak sedap itu selalunya komen adik-adik aku laa.. Dorang ni tak tau ke yang aku ni gigih usaha
nak buat segala bagai masakan nak suh korang makan tauuu...
Ok semalam aku amek time off
la..kul 1.00 petan pas habis kes kat court aku punch out blah laa...tak pasal
balik kul 4.30 ptg mc hammer plak di Penang Bridge tu..
So disebabkan keinginan yang
membuak buak macam larva gunung berapi tu aku singgah la di Tesco Extra Sungai
Dua tu cari creamchesee..mula tu cari kat bakery shop kat Balik Pulau baru
aku tau ada bakery shop di situ pulakk...creamcheese habis..maka aku terjah
ke Tesco la...aku dah agak dah pi Tesco macam-macam la aku beli..habis dekat RM
50 jeeerrrr.....baru banyak tu hokeyyy..
Ok berbalik pada cheeskut tu,
barang yang aku beli creamcheese jenama Australia apa tah..sebab aku nak amek
yang Tartura tu tak sampai nak amek sbb tinggi sgt nak capai..hahaha..ada yang
Tartura tapi besar gilooo...Philapedia takdo plakk...okey tengok ada halalan
toyyiba..aku beli laaa..susu plak aku ingat nak beli yang fresh milk tapi mesti
rasa kosong je..so aku beli susu strawberry,nak beli yang coklat rasanya macam
tak best..biskut pun jenis cream cracker.
Maka malam raya tu aku
belasah la nak buat cheesekut. Aku putar cream cheese sampai kembang guna mixer
mak aku...hohoh...pastu masuk sikit susu strawberi tu..jangan taruk banyak kang
pekat melikat plakk...pastu aku taruk sesuka hati susu pekat manis agak agak
manis laa..kang tak pasal kencing manis plak...
Siap dah putaran cheese,
sediakan loyang atau bekas untuk cheesekut. Sila celup biskut kraker dalam susu
tapi jangan lama nanti lembik biskut tu..apa lagi masuk mulut rr.. aku
buat kiraan sepuluh je senang..pastu susun la ikut kreativiti korang dalam
bekas. Pastu lapis dengan cream cheese tad..ulangi proses mencelup biskut tadi
dan lapis lagi. Biskut tu kasi tekan tekan sikit kasi padat. Lastly cream
cheeseyang akhir buat la toping atas biskut tu. Simpan dalam peti ais untuk
kasi dia keras.
Kawan aku datang tadi aku
hidang kat dia. Dia cakap sedapppp..memang nak habis satu pinggan dia makan
tanpa segan silu..hahahaa..aku hepi la siap kasi dia bawak balik..aku cadang
pasni nak try buat cream cheese tu buh nescafe ke plak. Kawan aku cakap cuba
buh strawberi plak pasni..hmm good ideaaa!!
Ini adalah bahan -bahan nak buat cheesekut..susu pekat tu free sebab dah ada kat umah mak aku...hoho |
Hasil daripada melayer biskut. |
Tadaaaaa....hasil potongan cheesekut |
mmg sedap..sape yg suka chess mmg wajib buat benda ni..aku buat pakai cheddar cheese kau,sbb teringin sgt nak mkn cheesekut,tu pun dh sedap..klu pkai cream chess sahih meletop.haha
BalasPadamhahahaa...smlm sib bek aku tak beli whipping cream sbb cream cheese kat kedai tu habiss..hahha..eh hang pakai cheddar tu buat mcmana plakk..putar jgk kee
Padamsedap kan.. aritu pun ayu buat..
BalasPadamaah sedap...buh susu stroberi lg sedap sbb kalau pakai susu biasa rasa mcm plain je kan...
PadamSedappp terbaikkk sy pakai marrieee sdp jgk hihihihihi
BalasPadampakai bsikut merie sedap jugak eh kak...pasni sy nak try kalerkan creamcheese tu plak...hahahahaaa
Padam