Isnin, 30 September 2013

Gila Kek...Mana Tak Berisi

Aku memang gila kek..badan pun dah macam kek..hahahaaa..
Alkisah aku buka la facebook terpandang plak promotion kat kedai kek yang jadi feveret aku

PENGHANTARAN KEK KE RUMAH SECARA PERCUMA DI HUJUNG MINGGU!!MINIMUM ORDER 4 KOTAK KEK IN BOX

Vavavavavavaaaa.....best giler laa untuk orang yang malas kuar umah macam aku di hujung minggu..Tanpa segan silu aku mesej la nombor tu..hahaha...

Aku order 4 kek in box, 2 kek velvet berkeju dengan 2 kek snow cheese..nahh...jadi dinasour la aku...
Tapi yang best macamana aku leh silap bagi nombor rumah..nasib baik nombor aku bagi tu takde nombor blok tu..kalau tak sia-sia je..buat malu jeeee...

Nah kek nyee...abaikan objek di belakang...err tikar baru aku beli kat Padang Besar..hohoohohoho

Ahad, 29 September 2013

Begedil Takde Kentang Namanya Bedegill

Aku cadang nak buat begedil daging la makan dengan soto..almaklum malas nak masak so aku masa soto la..ritu soto bodo kan..ni soto cerdik sikit nak taruk begedil..

Habis program semalam aku singgah la kedai beli daging kisar, sampai umah alamak lupa beli kentang. Maka semangat nak buat begedil kna pikir bahan apa yang nak aku sumbat dalam tu menggantikan kentang.

Pikir punya pikir aku hentam jela daging kisar, tepung jagung, bawang putih, bawang merah plus sesedap rasa yang Knorr punya. Tapi menjadi jugakla begedil tu tapi namanya bedegil..hahahaaaa


Hasil selepas dipenyekk

Hasil selepas digoreng

Jumaat, 27 September 2013

Dah Hampir Jadi Rumah Spiderman Plakk

Dah lama aku tak update blog ni kan..harap kawan-kawan blog tak lupa la blog aku ni..

Yang sebenarnya aku gila tensen la dengan kije..mana tak nye asal hujung minggu kije mana la masa nak rehat, nak study lagi..stress gila..ok aku tak nak citer bab kije aku dalam ni sbb blog ni tempat aku nak bersukaria dan berpoya-poya.


Skang ni makan aku makin menggila. Mana taknye semalam beli kek coklat cheese..tadi petang beli jeruk..hahahaa..tambah plak aku beli tikar katun kat Padang Besar Rabu lepas konon jeruk tu aku nak makan sambil lepak atas tikar tu la...kelasss koo..hahahaa..


Inilah jeruk aku beli tadi...beli produk muslim punya kat area Balik Pulau..

Macaman nak kembang...makanan dekat dgn aku..kacang pistachio, bahulu kawan aku bagi, jeruk dgn kek chiffon mak aku kasi...tu tak termasuk kek yang selalu aku beli...muhuhu

Rabu, 11 September 2013

Mengira Garam di Dapur..

Hari ni dah star slow hujan tapi still sejuk..hahahaa..tapi merasa la nak mandi pun..

Balik kije tadi aku start masuk dapur..sebelum tu kunyah kuih tepung bungkus beli tengahari tadi..sape tak kenal kuih tepung bungkus sila tanya uncle google hokeyy..

Masuk dapur tadi aku masak jela spageti pakai sos yang aku masak semalam..taruk cendawan butang sikit pastu keju cheesebedabahko cheesedale..pastu campak je spageti nah..siap..hahahaaa...

Pastu masak plak sardin nak buat piza buat bekal g opis..taruk cili kisar, bubuh ikan sardin yang dilenyek, buh skit sos sardin tu.sy suka jugak derhaka resepi..taruk plak bawang holland dengan lada capsicum potong dadu pastu campak serbuk lada putih lada hitam..hahahaa..

Dok syok tengok Wassap dengan kawan aduhai lapar plakk..ermm..amek roti sapu inti sardin tadi taruk cendawan butang tutup dengan cheese..bakar..hahahaa..


Arini berjaya tak makan nasik tapi makan berganda pulak..bila ko nak diet Tomato Oren oii..nak jadi up status jadi singa laut plak keeeee...

Ini spageti petang tadi pas balik kijee

Nah...penuh satu bekas dengan inti sardin

Hasilnya piza roti..maaf suasana tak berapa indah..meja budak bujang..hahaaa

Selasa, 10 September 2013

Gila Sejukk..hujan lagiii

Hujan yang turun bagaikan mutiaraa...kalau turun berlian kan lagi best..hohohoho

Wahhhh...hujan lagi!!! Tadi pukul 6 pagi sudah lebat hujan,alamakkk...kan best time tu hujan time cuti..boleh tarik selimut lagi..Hoiii!! tak solat subuh ke nak kena balut dengan kulit ba alip ba ya kaaa..hahaha...hello bangun solat sambung tido laa..hihihi.

Bangun subuh terketar ketar nak mandi..gosok gigi cuci mukaa..zap zap jirus air bagai siap...mcm dlm igloo sejuk..hoho..pas siap mula la cari payung sib bek jumpa kalau tak mau aku lencun..haha

Sampai opis takde orang lagi..upenye akak kawan baik aku tersangkut jem.

Asal hujan aku beli payung baru kat opis..memang aku takleh pakai la payung lipat kecik tu..ganass sgt..hahaaa

Tapi teringat masa tinggal kat Kelantan dulu..kalau time hujan macam ni selalu la jenguk ke luar tingkap tengok hujan..best oo tambah pulak ada lak lembu still meragut tengah hujan. Budak budak plak pakat bawak pancing nak g pancing ikan, adik aku penah gak cuba nasib katanya nak pancing ikan sekali terpancing ular..hahahaa...padan muka..

Buat lawak macam ni mau ko makan selipar laaa..

Anggap je hujan lebat tu macam hujan lebat kat sini..

Isnin, 9 September 2013

Katanya nak jadi kancil tapi badan dah macam penguin, lagi sikit jadi singa laut..wahahahaa...

Arini aku balik awal sebab aku amek time off..yelah kije separuh mati tambah lak hujung minggu pun kadang kije aku amek la time off..robot pun leh tercabut skru.
Konon nak diet tapi kat opis dah imagine aku nak masak apa la arini cet pikir mcm ko ada laki dgn anak kt umah..hahaa   tingg!!ok kembali ke alam realiti..

Sebelum balik aku singgah kedai Ceria jap beli sikat..cari sikat yang besar punya..eh yelah rambut dah macam rambut kak limah dah..hahahaa..

Setel cari barang tu aku g kedai yang selalu aku p, mcm biasa adik yang comel tu selalu sapa aku kalau aku g kedai dia..’baru balik kije ke kak..’ eh eh..yelah takkan aku baru nak g kije..hahahaa..sbb tu aku suka g kedai dia..kadang bagi diskaun kat kedai dia..waahhh!!ni mak sukaaaa!!

Arini aku belasah goreng char koay tiaw pakai sos 2 Puteri..hehehe..memang mabeles la..



P/S: kawan aku dah start diet..aku bila lagi..tinggg!! tak tau..hahahahaa

Ini dia sos char kuey teow yang selalu aku guna

Inilah hasilnya..char kuey teow ni tak best dimakan kalau takde cili potong.abaikan meja ABC yang selalu korang pandang.biasalah rumah orang bujanggg..

Ahad, 8 September 2013

Apakah Ini Yang Dipanggil Selera Dinasour..hahahaaa

Hahahaa...ada rupa dinasour tak? Harapnya tak la yee..aku ni sejak lepas raya ni badan dah macam penguin selera besar macam dinasour..hahahaa..patutla baju raya aku ritu hampir tak muat, nah amek kooo!!

Maka alternatif nye dah dua ari aku tak makan nasik, aku buat soto bodo..tapi ada gak ketupat nasi, ayam dengan daging.. jenis diet apakah ituu?? Apa apa jela asal aku tak lapar, kawan aku cakap makan jangan berkira, nanti sakit tak lalu makan dah..

Hehehe..kata kata itu buat aku lagi berkobar kobar nak makan..sape tanya aku nape ko kuat makan nanti dengan tukang tanya tu jugak aku makan..hahahahahaa


Nah aku sajikan kat korang soto bodo aku..nak resepi sila request..tak request aku tak bagi..hahahaa...gilooooooo hapeeee

Ini versi aku taruk bihun...gila besar selera ko nokk...lunch edition

ini versi dinner taruk nasik himpit saja..

Last sekali jadi macam ni laaaa..cuma takda ekor..hahahhaaa

Kek Oren Cuma Takde Tomato..hahaaaa



Semalam aku boring tahap gaban tak tau nak buat apa, lepas panjat tingkap pasang ampaian aku fikir nak buat apa. Nak basuh baju malas sebab semalam hujan, maka aku ke dapur la. Godek dalam peti ais ada oren, wah leh buat kek oren ni. Mulanya nak buat kek vanila instant tu yang brand Nona tapi bila fikir baiklah aku buat kek oren.

Macam biasa aku selongkar la kat internet, maka jumpalah web tu myfoodathome.blogspot.com . best gila resepi dalam tu. Kek oren aku memang gebuss laa..sedap puji diri plakkk.. elok la Puan Kutu pun semalam tahap kerajinan pun melampau macam aku.

Yang aku suka resepi ni sebab bahan tak payah nak timbang timbang. Aku ganti minyak canola tu dengan minyak masak  pastu aku tambah sikit kulit oren dalam tu, tapi bila masak tak tau mana pegi kulit tu..hahahaa..sebab aku potong kecik kecik kot.hahaa



Nah ni resepinye korang buka link ni yee... http://myfoodathome.blogspot.com/2012/02/kek-oren-paling-senang-dalam-dunia.html

P/S : nahh...semalam aku bake kek, jiran aku plak bake kek..nak lawan bau ke kakkk..hahaaaa

Inilah kek oren aku..sorilah aku tikam garfu..aku takde lidi nak cucuk.hahahaa

Inilah hasilnya apabila dipotong..gebuss kooo

Sabtu, 7 September 2013

GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA


Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
 Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

 Good Luck semua ^.^
Heheheheh...ni kira first time blogger setahun jagung nak join contest giveaway ni. Mulanya aku tak tau apa benda ni...ooo rupanya nak bagi hadiah..eh hadiah,barang free tu, aku nak jugakkk!!!

Alkisah terpandang kat blog si http://puankutu.blogspot.com, maka macama biasala aku tanya la sifu terhebat di alam ini, dia kata dapat hadiah free try jela weh..maka aku dengan gigih sedaya upaya cuba la nasib..kalau dapat ni hadiah first la aku dapat sejak mula berblog..muhhhaaa

Kalau aku dapat posmen hantar kat opis sah kecoh la mulut mulut di opis, anak teruna mana la hantar hadiah kat Tomato Oren ni..hahahaa..aku bilang jela abang polis kat lokap balai tu hantar..hahahaa..sah-sah pasni kalau aku ajak g lokap ramai ofer nak pegi even dorang bukan termasuk dalam anak buahku..hahahaa..pasti ada yang jeles terlampau pasni..

Makan Lagikkkk!! Orang Ajak Makan Free Bedal Jelaaaa...


Lepas balik dari lokap balai polis Bayan Baru, aku dapat jemputan ke majlis raya pulak..haha..dengan kawan aku jugak sama dengan bodyguardss aku..waallllaaa bestnye dapat makan free..bulan ni je dapat makan free..dah nak habis syawal dah kan..maka mana-mana ada jemputan makan bedal jelaaa...

Jemputan kali ni adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Barat Daya..memang mabeles la dorang punya majlis siap ada persembahan lagi dari PDK dan cabutan bertuah...hahaa..aku maybe datang lewat tapi rasanya tak lewat sbb dalam pukul 11.30 am aku and the gang dah ada kat situ,masuk-masuk dah ada cabutan bertuah.

Kat situ aku tengok ada juga orang yang kurang bernasib baik macam sindrom down etc..yang paling aku sedih bila tengok ada sorang family Cina datang dengan anak dia yang dah terlantar atas kerusi roda tak boleh buat apa dah. Ayah dia cakap dia demam panas masa umur 7 tahun dan lepas tu terus tak boleh gerak pe semua. Budak tu kira beruntung ada famili yang masih peduli tentang dia, yang sayang dia. Apa pun kita semua bersyukur la masih lagi boleh bergerak ke sana sini, boleh belajar dan bekerja dengan sempurna.

Kadang aku fikir macamana ye budak budak yang tak sempurna ni akan teruskan hidup kalau mak ayah dorang dah takde, adik beradik pun kalau dah berumahtangga aku rasa agak susah nak jaga barangkali..itu yang aku dan kawan aku cakap tadi lepas majlis.

Yang pasti setiap kejadian ada hikmah kan..hanya Dia Yang Tahu apa yang Dia buat..kita manusia ni hanya boleh berfikir dan berusaha untuk bantu mereka yang tak bernasib baik ni.

P/S: kalau tau awal awal tak payah la aku makan dulu lepas gi lokap..huhu


Persembahan di belakang kitorang bedal makan..

Muka gembira dapat makan sedar sedar badan dah jadi penguin..haha

Ini bukan kami yang bedal...

Dapat jugak aku kambing ni

Nahhh...gambar separuh bodyguards tengah makannn..hoho

Sesi nak habis makan..aku usha sape tah...hoho

Jamuan raya jabatan aku dapat biskut raya, jamuan JKM dapat kek coklat..waahhh best..ingat nak sebat dua tapi nampak sangat tamak haloba...


Rabu, 4 September 2013

Majlis Raya Jabatan

Wiiiii....majlis raya laa.makan free laa..sukanya akuuuuu!! Lagi empat hari nak habis raya kan..maka makan la sepuasnya sebelum nak berdiet..kikiki..macam la aku ni rajin nak berdiet, jangan ko mimpi!!!

Kiranya tadi aku makan free jela dengan kawan-kawan aku. Gerai aku pulak nama Satay Night Fever, sah sah makan malam nanti demam..aku ni pun dah rasa macam nak demam dah rasa.

Aku tadi jaga opis jap pastu dalam pukul 10 pegi la majlis..ala macam biasala rotate la dengan kawan-kawan. Balik je opis perghh gilo ngantuk ko..nak tido boleh sangat sebab bos takde kan..hahahaa.

Tapi nasib baik gak aku tak jadi ketua dayang melayan tetamu..hihi..depa bagi kat orang yang tinggi dan ramping you..bak kata kawan aku yang geng geng gemuk jadi la tukang sapu penyedia gerai, yang tinggi dan langsing jadi penyambut tetamu..aku cakap org yang penguin macam aku dok kat opis pastu g makan je..hahahhaaa...hebat gilaa..hahahaa

Sebelum g opis mekap dulu k..first time aku g opis tadi tanpa pakai mekap. Alkisahnya sebab nak pakai mekap krayolan tv paint tu dengan kawan aku. Dia yang nak try pakai aku bawak jela..hasilnya memang cun r..hahahaa..tak sia sia aku bawak suh dia pakai gak..hahahaa..gebuss uolsss


Tapi makan free pun aku tetap lapar nasik.. balik je umah tadi terus aku kuarkan ayam masak nasik goreng ayam ala kicap ABC..esok aku baca ABC laaa..hahahaa

Ni muka aku pas mekap..dah tak macam mak lampir dah...sila kome dgn jujur..jgn membinasakan..hahaa

Ni best friend aku, bahasa mudah kak tiri..hahaha..bahasa manja manja..kt opis aku ada mak tiri adik tiri adik kembar etc..satu famili katakan..

Aku g menepek jap kat gerai opis lama aku dulu..hahahaa..takleh tinggal geng opis lama sbb aku kenal dorang mula-mula masuk kije..tak nak dikatakan peanut forget its skin..haha

Inilah gerai opis aku..makan satay malam ni sah demam..hahaa..err tukang jaga gerai tu pun macam nak telan orang jaa..

Ni merangkap superbodyguards ku..

Ni kuih raya yang aku dapat..abaikan meja ABC aku..haha


Ini teman sekampung ku..tengok gebu tak kami..ahahhaaa






Selasa, 3 September 2013

Dorang Ni Geng Hantu Kak Limah Keee

Aku dengan kawan aku tengahari tadi pergilah  makan kat tempat selalu kitorang makan. Selalu kitorang makan pagi je untuk breakfast kat situ tapi memandangkan kitorang belum makan maka kitorang belum makan lagi.
Masa kitorang baru nak suap makan, terkejut dengan satu geng pumpuan ni. Aku tak tau la dorang ni dari jabatan mana tapi punya gelak..perghh..gegar satu kedai tu..sib bek aku tak sempat nak suap makan..kalau tak memang tersembur kat kawan aku la..

Tapi dalam masa tu pun aku sempat g ngumpat, “Kak, tu geng hantu kak limah kee..”

“Agaknye kott..”


Hahahaaa...word tu anak kawan aku selalu pakai..orang ketawa kuat hantu kak limah, orang kuku panjang pun hantu kak limah..besar sungguh pengaruh kak limah ni..hahahaaaa





Isnin, 2 September 2013

Yeaaaayyy!!! Saya Dapat Kekkkkk

Heheheee..actually aku dah lama kemaruk kek coklat moist ni..nama dia kek coklat meleleh. Memang meleleh la sedap. Yang best aku dapat dua,satu kek free..

Alkisahnya aku ada mesej tuan punya kedai tanya kedai dia pindah mana sebab ritu dia cakap pindah kedai. Maka aku dengan daya usaha punya lapar kek coklat tu bergerak la ke Bandar Air Putih kat Balik Pulau tu..jumpa kedai tapi macam tak buka. Oklah aku chow la sebab kedai tak buka aku pun mesej tanya tuan punya kedai kat facebook..nah punya nak kek coklat macam orang mengidam.

Tadi tuan punya kedai balas mesej minta maaf tak perasan mesej hahaa..yang best dia cakap dia akan hantar kek ke opis dan akan bagi satu kek free..waahhhh...bestnye dah la aku gila kek.

Tadi dia dah hantar kek ke opis dengan satu kek coklat meleleh dengan kek velvet..tapi dia memang betul betul meniaga,aku tak nak amek baki 10 sen sebab kesian jugak dia datang hantar tapi ayat dia first aku dengar dari peniaga melayu kita, eh saya tak boleh ambil ni saya meniaga.

Apa pun aku kagum dengan cara dia meniaga,banyak dia hantar kek dia ke merata tempat. Susah nak cari peniaga Melayu macam ni especilally dalam pembuatan kek. Kek kedai dia memang sedap kira tak rugi beli.

Kalau di Balik Pulau agak famous gak la kek dia. Apa pun tahniah buat En Azhar dan Kak Shada sebab berjaya menambat hati pelanggan dengan cara  dorang.

Nah..dua kek aku dapat arini..satu kek free

Ini Kek Red Velvet Meleleh..memang meleleh la..krim cheese atas tu tebal memang sedap laahh

Haa...ni la kek kegilaan aku, Kek Coklat Moist Meleleh..adik adik aku pun gila kek ni

Morning Peopleee!!! A Thousand Millions Smiles To Youu..Muaaacchhsss

Morning peoplee....wah awal gila aku post entry arini..hehehee..almaklumlah arini kije kan..aku sampai opis kul 7.15am tadi..hebat tak aku..hahaaa..mana tak hebat aku gerak dari umah ku di kedah kul 5.00 pagi..

Aku yakin korang sume mesti rasa alamak arini kije laaa...apesal tak cuti je kan..tambah lak sejuk lak malam tadi hujan. Rasa macam nak tarik selimut balik sambil peluk bantal bucuk. Aku pun tadi berapa kali snooze jam aku, dua kali tu..mau kali tiga kali lambat la aku sampai opis tambah pulak kalau jem kat Penang Bridge tu.


Apa apa pun selamat pagi dan selamat bekerja buat kawan-kawan. Mulakan hari anda dengan senyuman macam lagu Sudirman, A Million Thousands Smileesss...hihihi



Esok Isnin..kena kijeee

Kalau pagi Isnin tu lebih panjang dari pagi biasa

Ahhh sudah la ko merepek apa di pagi hari, g buat kijee..hahahaaa


Ahad, 1 September 2013

Hasil Lukisan Aku..Nahhh...Ko Hado Lukisan Mcm Niii....

Hahahaaa...konon cuba nak melukis la untuk taruk dalam blog ni tapi hasilnya hampeh..hahaha.

Aku dah refer pada tutorial deno tapi aku cari benda yang nak betulkan line tu tak jumpa maka hasil yang cemerlang ini terhasil.

Tapi aku rasa kalau orang yang menghargai seni sah sah menghargai lukisan aku ni kan..waahhh what's a mavellous masterpiece!! Muhahahaa....lukisan si Monalisa tu pun aku rasa maybe jatuh sahamnya kan..hahaha

Apa komen andaaa..???

Nahh....ini lukisan paling hebat di abad ini..hahaa..ko hadoooo


© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno