Sabtu, 22 November 2014

Sardin Masak Sambal Ala Tomato Oren

Hari ni hari minggu, maka segalanya nak kena masak lah. Tapi kali ni nak masak sardin sah sah anak anak bulus ku sibuk la kalau bau ikan ni especially si kecik tu, Oben.

Hujung minggu macm ni aku bagi la anak anak main kat luar jap. Tu pun si Kupik yang bising nak kuar. Bagi dia keluar yang lain pun ikut secaa berjemaah la nak main kat luar. Tapi dah pesan awal awal jangan main jauh jauh main depan umah saja. Nasib baik la dengar cakap. Dapatlah dorang main puas puas kat luar sebab kucing jahat tak datang kacau.

Sambil hirup Nescafe 3in1 Latte tu, aku pikir nak masak apa arini. Malam tadi dah buat sup daging, ada lebih lagi boleh belasah lagi untuk arini. G dapur nak basuh cawan tengok ada satu tin sardin Adabi..heheheee...masak sardin lah.

So sambil sambil pikir nak sedia bahan apa sempat lagi aku basuh kain baju. Taruk kain baju dalam mesin bagi mesin buat kije. Tapi ada benda pulak dalam bakul tu, span muka aku. Patutlah aku cari merata tak jumpa rupanya dalam ni. Sape punya kije tah. Spin mesin bunyi semacam pulak. Buka tengok, nahhh!!! botol mineral akuuu!!! Sah kije Kupik yang suka melompat lompat kat mesin. Nasib baik bukan blender,kalau tak nangesss...

Ok berbalik pada citer sardin, aku pakai sardin cap Adabi. Tu sardin yang kiranya aku roket dari rumah mak aku...hahhaa..bukan roket mak aku kasi. Sardin Adabi  tin kecik ni ada empat ketul ikan je, yang brand lain aku tak tau la berapa ketul. Kecik je ikan dia, yang brand lain tak tau kan. Lain brand lain saiz kot. Aku ubahsuai sikit sardin ni. So aku kasi resepi la untuk rujukan aku nanti dan untuk korang yang nak try resepi ni. Tapi kalau nak share boleh tapi tolong mention sumber ye..jangan curikkkk hakcipta terpelihara.

Tapi masa aku goreng ikan si Oben boleh masuk umah mintak ikan.. huh, bagi sikit la. Si Kiki, Kupik datang ingatkan nak ikan, rupanya datang tengok tak nak makan pun. Eksyen tak makan sardin uollss..

Bahan:
1 tin ikan sardin (kuah jangan buang nak pakai nanti)
Cili giling
Serai (ketuk)
Bawang putih (ketuk)
Bawang merah (aku hiris kecik kecik je)
Buah keras (tumbuk)
Asam keping
Gula
Garam
Bawang besar (potong bulat)
Daun limau purut
* segala bahan tu pandai pandai ejas la sebab aku kalau masak lauk aku tak pakai la sukatan, aku main ikut suka ati je*

Cara bikin
Panaskan minyak sikit. Goreng ikan sardin tu sekejap bagi agak sikit garing. Angkat.
Dalam minyak yang sama,tumis bawang merah. Kemudian masukkan bawang putih kasi bau. Kedian masukkan serai. Bila naik bau, campak cili giling bagi garing sikit.
Masukkan kuah sardin tu dan bagi sedikit pekat. Bila pekat campaklah asam keping, daun limau purut dengan buah keras tu serta bawang besar. Perasakan dengan gula garam.
Masukkan ikan yang digoreng tadii dan gaul rata. Boleh angkat.

Makan dengan nasi panas memang mabeles. Aku buh limau purut tu tak nak bau hanyir ikan tu je. Yang buah keras tu aku pun tak tau apa motip aku buh..hahahhaa..sebab ritu mak aku penah masak ikan sardin taruk buah keras.

Sardin saiz ni aku guna..untuk makan sorang besar ni dah lee

Hasilnya adalah ini..heheheee

Jumaat, 21 November 2014

Kembalinya Nenek Gayung Movie

Malam tadi cadangnya nak buat assignment la,thesis la..sambil sambil tengok Pencetus Ummah..wahhh...tetiber jadi alim..kehkeh..

Habis Pencetus Ummah buka la channel 131 Astro Citra tuuu..eh eh..ada citer Nenek Gayung Kembali..hahahaa..citer ni seram tapi lucu..

Aku dah tengok citer ni tapi yelah ingat ingat lupa citer tu..malam tadi tengok jugak tapi tengok gitu gitu la sebab kije 2in1 kan..nak buat assignment sambil tengok citer.

Alkisah citer ni si Kevin seorang pelakon yang tak silap aku terjumpa nenek gayung ni. Katanya sape yang terjumpa nenek gayung dan telah dimandikan dia,esok orang tu akan mati.

Si Kevin ni yang dah terrjumpa nenek gayung ni jumpa dukun la nak buang sumpahan tu. Dia kena cari 7 telaga untuk dia mandi dengan air telaga tu. So dia bawak la kawan dia Boim dengan Abas cari telaga tu. Kat telaga tu macam macam hantu dorang jumpa dan yang selalu jadi mangsa Boim..hahaa

Pengakhiran citer aku tak ingat la sebab yang malam tadi aku tengok aku dah surrender dah..mata ngantuk sangat. Tak silap aku, sumpahan tu dapat dimatikan dan nenek gayung pu dah dimandikan dan semadi dengan tenang.


Oben katanya nak tengok citer Nenek Gayung, tengok tu melangut tengok..abaikan
frame aku yang tumbang tuu
Nenek gayung semasa hidupnya seorang tukang mandi mayat katanya. Masa dia mandi suami dia Datuk Cangkul nak mandikan dia tapi masa nak mandi jenazah nenek gayung tetiba Datuk Cangkul kena heart attack.



Lastly dia pulak tido..baru nak suh dia citer balik citer tu.






Selasa, 18 November 2014

Bila Digi Buat Hallll....

Aduhhh...malam ni punya la bikin panas..
Aku nak buat thesis ni nak tengok bahan sikit dalam internet..sekali digi buat hal..
Aku call center dari pukul 8.00 sampai 10.00 malam..haduuuu geraammm!!!!
Aku ingat kuota habis so aku dengan kental sekentalnya topap la lima hengget...eh sama jugakk.
Takleh jadi nii..call lagi..merepek lagi robot digi tu caka dari citer aku call mula mula tadi pasal kad kredit sampai aku call lagi merepek pasal selamatkan pokok dengan digi...
Yang paling aku rasa nak campak telepon nak gigit simcard digi bila dok merepek tu maaf perunding perkhidmatan kami masih sibuk,sila telefon sebentar lagii...hooiii!! melambung la bil aku.

Dalam geram tu aku try connect lagi buat kali yang keberapa puluh baru dapat.
Maka mood nak thesis terbantut maka aku buka blog aku ni.
Aku g join segmen blogwalking lagi bagusssssss

1st Segmen Blogwalking by Cik Ash

Malam ni aku gila blogwalking sebba tadi dah bengang dengan digi..
Nak buat thesis terus terbantut..
Maka pengubat duka buka blog..
Then jumpa segmen berblogwalking pulak...
Jom joinnn


Segmen Blogwalking by DJH

Jumpa lagi segmen blogwalking...
Jom join secara berjemaah..hehee


Isnin, 17 November 2014

Segmen Blogwalking Bersama Ayu Insyirah




Salam...hehehee
Nak join jugak segmen ni...
Nak tambah geng blog..

Yelahh...blog kita tak glemerrr...huwaaa...sedihhhh...hahahaaa

p/s: jadi jugak aku buat entry ni..punyala biol otak mcmana nak tepek gambar tu..ahhaa..benda senang jadi payah..apadaaa...


Sabtu, 15 November 2014

Makan Pagi Aku Yang Simple

Kalau time cuti aku stay je kat umah sendiri maka aku malas sangat nak sedia makan pagi. Semalam nak beli roti ingatnya, tapi tak teringat pulak. Balik rumah baru teringat,maka malam tu aku bancuh la tepung nak buat cekodok kosong buh bawang je..hehee..tapi lembut la aku buh soda sikit.

Tapi kali ni aku tak makan cicah dengan sos cili..aku cicah dengan sos yang aku buat sendiri..ala,sos keropok tuu.

Tambah best lagi tadi bancuh Nescafe Latte 3 in 1 yang menambahkan lagi level kemalasan aku..hahahaha.

Breakfast simple aku..

Rabu, 12 November 2014

Saya Ada Ahli Keluarga Baru Dah...

Hehehe..dah lama aku tak berblog kan.
Untuk sekian lama berspiderman la blog ni
Bukan apa aku busy sangat sebab skang ni ahli keluarga bertambah..
Lepas Kiko mati bulan Ogos dua hari nak sambut merdeka tak silap aku,aku dah amek sekor anak kucing bengal.
Nakalnye jangan citer la..paling hebat dari si Kiki.

Sekarang ni keperluan untuk meow empat ekor tu bertambah la dan kije hakiki aku sebagai pencacai najis pun bertambah..satu bekas tambah jd dua bekas,bekalan pasir pun bertambah,makanan pun bertambah,masa utk membelai seko seko pun bertambah..tu sebab nak amek ahli baru ni kena pikir semua tu..kalau sangggup proceed kalau tak,kim salam laaa...mcm jugak org nak tambah anak kan kan kan..hahahaa.

Kucing baru tu aku namakan Oben..mula tu buh nama Jebat tapi nampak mcm tak sesuai..sebabnye dia mcm tak aktif, pastu aku tukar nama Oben naahhh....nakalnyeee...sama mcm Kiki,nama sesuai kot sampai obesiti dia bahagia hidup dengan aku..

Citer si kucing kucing aku ni nanti aku citer,sebab sekarang ni aku tengah berhempas pulas nak setel proposal thesis aku yang kena rejectshop tu..hahahahaaa


Inilah si Oben..masa ni baru dalam sebulan lebih

Jumaat, 18 Julai 2014

Apabila Hak Jiran Tidak Dihormati

Dah lama aku rasa aku tak buka blog ni..bukan dah lama memang dah lama laa..ahhaaa
Sejak pemergian si Kiko pastu aku pulak busy dengan kije dengan study..tu nasib belum masuk bab percintaan..hellooo!!kau dah ada calon keeee...hahahaaa

Sejak bulan Ramadhan ni aku selalu je demam..yang paling teruk minggu ni lah..demam batuk selsema sampai hilang suara..tapi nasib baik jugakla tak perlu aku nak hadiri majlis perhimpunan bulanan dengan majlis buka puasa..tapi majlis rumah terbuka meman aku suka sangat laa...hahhaa..sila refer post yang lepas..havoc tak mau kan..hihi..

Tapi arini aku nak citer pasal hak menghormati hak jiran..kita ni hidup bermasyarakat kan so kenala pandai menjaga hak hak orang lain. Benda ni memang aku pendam lama dah sebab aku tak suka cari pasal tapi orang cari pasal dengan aku. Kes ni hal jiran aku la..suka sangat laa memblok atau ayat buku menghalang laluan aku nak keluar masuk. aii..cik kak cik abang,umah ni umah sewa ok bukan umah mak bapak korang so respek juga penyewa lain.

Aku hairan la laki dia malam ritu halang laluan aku nak masuk..malam tu yee..aku tunggu dpn tu dalam 10 minit haram tak kuar..nak tinggal kete situ barang aku banyak plak nak usung masuk umah so aku blah jalan tepi tu sib bek takde lubang. Ok lg la pastu aku park kete aku depan umah aku..tak kesah la kan sebab umah aku umah hujung takde sape dah nak lalu.

Ok masuk bab dua, kawan bini dia pulak petang tu dengan kereta Vios putih g blok plak tu sib bek la dorang dok dalam kereta buat apa tak tau la..undur la si minah misi ni bagi laluan..so kita orang dah bagi laluan kita angkat tangan la tanda terima kasih..tapiiii...haraaamm tak tengok..sombong tahap khinzir rupanya dorang ni..setakat ko misi je kak..bukan staff nurse..pakai Vios pun kau berlagak yeeee..

Cerita tadi yang baru..kalau ikut memang aku nak troll la kete kawan bini dia ni..Saga BLM kaler merah..elok park tu depan laluan tengah tengah tu..aku dah la demam nak balik kampung..aku punya sakit ati pedulik r aku bulan puasa ke..aku keluarkan kerata dari garaj aku then aku park depan pintu umah aku..nahhh..pastu aku hempas pintu tu kuat kuat..sebelum tu memang aku dah bg kereta aku jerit dengan tekan butang merah..lepas aku hempas pintu baru bunyi nak alih kereta..apa punya doll punya orang..

Nak park tu agak agak la..kalau umah sebelah takde penyewa ko nak park sampai hujung kebun tu park la takde sape nak marah..umah sebelah ada penyewa ye kak..even penyewa balik kampung ke tidak jangan dipark depan tu..orang nak balik nak keluar bila bila masa ye kak.jangan nak berlagak yang ko tu tuan punya umah yee..sewa bulanan pun ngelat mcm aku tak tau..

Pasni buat hal lagi aku park kat garaj dia bak kata tuan umah tadi..nanti aku nak sound jugak depa ni kata tuan umah..halau je pakcik..hahahaaa..

Lepas ni ada lagi yang buat tiga kereta aku aim: Iswara merah buruk, Vios putih dengan Saga BLM merah..aku snap ketiga tiga aku troll kan dalam fb..kau cari pasal kan..haa,,kau tak tau aku cari pasal lagi mcmanaaaa....

Nah..ni la cara parking yang mcm orang takde pelajaran..mana ruang aku nak menyelit keluar..tepi tu ada lubang besar mau sangkut kereta aku..kalau korang sah marah kan...ni sib baik aku highlight nom plat..lagi sekali buat semua sekali aku paparkan nom plat pastu aku trollkan..ikut tadi nak je aku ngamuk ala si kiki tu pakai stereng lock..

Jumaat, 18 April 2014

Kiko..Kau Tetap di Hati

Kiko..anak kucing aku yang baru mati..baru je aku adopt dia 31.3.2014..tak sampai sebulan aku bela dia jaga dia.
Kiko ni anak kucing ada sorang akak tu bagi aku..memang Kiko dari asal lagi sakit tapi takpelah aku amek jugak dia bela macam aku bela kucing-kucing aku yang lain. Kiko aku bagi perhatian lebih sikit dari Kiki,si Tom n Jerry tu.

Kiko masa mula aku bela memang selalu cirit birit. Akak tu cakap Kiko ni dia jumpa kat tong sampah dengan adik beradik dia yang lain. Kiko je yang kuat semangat tak nak mengalah, adik beradik dia semua dah mati.

Aku bawak ke klinik vet kerajaan kat sini rawat Kiko. Aku bagi Kiko seminggu ubat tu tapi Kiko still cirit. Aku bawak lagi ke klinik tu then vet situ tukar ubat lain. Kiko nampak ok sikit. Yang best aku pernah nampak dia sekali berlari masa aku nak bagi susu kat dia dengan Kiki.

Minggu lepas aku kena g KL nak hadiri majlis pentauliahan adik aku. So aku tinggalkan si Kiko dengan Goku kat klinik haiwan. Doktor cek Kiko cakap kemungkinan Kiko ada jangkitan parasit di usus. Sebab tu dia makan banyak pun dia tetap keding. Doktor drip Kiko sebab Kiko kurang air. Banyak air yang dia minum kuar ikut feses dia.

Dua hari aku tinggalkan Kiko dengan Goku di klinik tu. Doktor cakap Kiko dah ok,berak pun tak kerap. Si Goku kena operate sebab mata bengkak kena serang dengan sekor kucing.

Kiko sampai rumah dia jalan terkedek kedek macam biasa. Keluar rumah golek golek kejap atas simen,berjemur panas kejap. Aku dah hepi Kiko dah sihat. 

Malam tu masa Kiko tengah sama-sama kucing lain,tetiba dia terberak. Kiko tak macam tu. Dia kucing cerdik. Kalu nak berak dia akan cari pasir atau dia pegi toilet. Ayah aku suh kurung dalam sangkar. Malam tu memang aku rasa sedih sangat bila ingatkan Kiko. Menangis jugak aku. Masa nak suap ubat mata Kiko berair macam nak nangis. Aku rasa macam nak nangis depan dia tapi aku tahan aku tak nak tunjuk dia. Aku nak Kiko kuat.

Esok masa nak balik Penang aku tengok Kiko dah terkulai. Mak aku suh bawak g klinik. Aku selimut Kiko dengan tuala dia, peluk dia sampai klinik. Sampai klinik terus aku bawak masuk bilik doktor. Masa doktor rawat Kiko aku dah menangis dah tengok dia. Doktor cakap cuma doa dan tawakal saja sebab anak mata Kiko dah mula mengecil.

Aku terpaksa balik petang tu sebab aku nak kije esoknya. Aku masuk jumpa Kiko di wad. Belai dia kat kepala macam selalu aku buat kat dia. Aku cakap Kiko kena kuat aku nak balik Penang esok kije, nanti minggu depan aku datang amek. Kik hanya meow dua kali kat aku. Time tu memang sedih sangat.

Malam masa aku drive kat highway dengan tiga ekor kucing aku, Dr Megat call bagitau Kiko dah takde. Meraung aku sorang sorang dalam kereta. Aku mintak doktor simpan Kiko esok aku minta mak aku datang amik Kiko kebumi kat rumah. Kucing-kucing lain semua senyap diam. Kupik si Bengal datang atas riba macam pujuk aku,cium aku. Betul kata kawan aku, kucing paham bila kita sedih.

Sampai rumah aku pandang barang Kiko, ubat dia, tempat selalu dia lepak, tempat tidur dia. Seolah dia ada lagi di rumah. Sebelum balik aku ada beli ayam untuk Kiko tapi rezeki dia cuma pagi tadi saja. Baki labu dia ada lagi.

Aku balik kije takde dengar dah bunyi meow Kiko yang kuat sambut aku balik, takde dah kucing yang menyibuk nak ikut aku g kerja, takde bunyi bising dia petang petang mintak susu,takde dah kena cakar masa nak bagi ubat. Aku rindu waktu tu.

Kiko mak aku dah kebumi tepi rumah sebab aku nak Kiko tahu aku sayang dia, tak nak dia terbiar bagi orang lain uruskan dia. Mak aku cakap redha je Kiko pergi sebab dia pun sakit. Dia sakit dia tak pandai nak bagitahu. Patutlah pagi tadi banyak dia makan,minum.

Rumah rasa sunyi sebab kucing kucing tak senakal dulu. Kiki si Tom n Jerry tu pun senyap je, termenung je kijenye..dua malam dah dia tidur atas majalah tempat selalu Kiko lepak. Selalu dia tenung tempat Kiko lepak. Malam tadi dia tido kat bawah ampaian tempat si Kiko selalu duduk. Sunyila tu dah takde anak kucing dia nak usik. Takde nak rebut rebut makan rebut rebut susu dengan Kiko. Malam tadi demam si Kiki maybe rindu Kiko.

Cuma sekarang yang ada kenangan Kiko bila si Kiki pulak petang petang mintak susu macam Kiko. Tapi tak boleh lawan mulut bising si Kiko. Suara halus tapi nyaring.

Kiko..kucing yang ajar aku erti sabar dan tabah walaupun aku sempat bela dia dua minggu. Jaga dia macam jaga baby, memang terasa sangat kehilangan dia walaupun dia sekejap saja dengan aku. Takpela rezeki dia yang ada dengan aku hanya banyak tu. Biarlah dia pergi daripada dia tanggung sakit. Kucing yang tak banyak kerenah.

Aku bela Kiko start 31.3.2014 hingga 14.4.2013. 

Kiko,biarlah orang ketawa kau masa kau sakit pakai pampers. Orang tak tahu kau sakit. Apa pun aku puas hati aku dapat jaga kau, dapat rawat kau, duit aku habis kat kau pun aku tak kisah..rezeki kau dengan aku..aku halalkan Kiko. Cuma satu harapan aku aritu satu je, moga kau sihat dan montel macam Kiki.

P/s: Aku cuba terima kenyataan Kiko dah takde..sedih mmg sedih tapi aku kena kuat untuk kucing kucing yang poyo, sengal dan nakal kat umah tu

Khamis, 27 Februari 2014

Wahhh...Dah Lama Aku Tak Berblog...

Muhahahaa...rasa laa dah aku tak berblog ni..
Blog dah dimekap cantik tapi tuan blog pulak pemalas..
Bukan apa banyak kije nak buat tambah lak ada anak-anak pulak..
Minggu ni dapat anak baru tu payah tu.nak kena ajar minum susu plak..hadoiii


Isnin, 3 Februari 2014

Aku Dapat Kucing...

Sejak lepas exam aku tak sempat nak beblog padahal gambar untuk dibuat cerita banyakkkkkk...tapi aku tak kira walaupun gambar tu boleh dikira cerita basi aku tetap aku nak post kat sini..ok dakk..hihi

Aku dah selamat menduduki rumah bawah..rumah di atas tanah k bukan rumah sarang burung lagi..maka kesunyian melanda laaa...

Agak dalam 2 minggu aku minta dengan kawan opis aku yang pernah offer kat aku kucing dia..tapi memandangkan aku tinggal di rumah sarang burung maka aku tolak la sebab space untuk aku dengan kucing susah laa...

So minggu lepas kawan aku bawak dua ekor kucing dia untuk dipilih dan semestinya kucing jantan la..satu putih satu hitam..aku pilih yang putih sebab nampak senyap sikit dari yang putih..

Maka minggu lepas aku dah adopt seekor kucing..aku bagi nama Goku...hahhaa..nama tu jarang orang pakai kot..sesi mengajar si Goku berak di jamban berjaya.hahahhaaa..

Sekarang dia lah teman aku kat umah..hihihi
Goku ni kucing kacukan parsi..tok dia parsi..tu sebab dia suka tido, pemalas, penakut dan kuat makan..tapi dia cerdik..hihi

Mula mula tu dia malu sembunyi dalam kotak

Ni kena halau dari rak kasut

Tengok ekor Goku..

Mana Goku....

Dah tido..

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno