Selasa, 31 Disember 2013

Wassap..Memudahkan atau Menjahanamkan

Sekarang ni macam-macam la aplikasi Wassap la Kokotok la Wecait la Line la..
Memang tak dinafikan ada benda tu senang kije seharian, kos menjimatkan kos prepaid dan bil dapat dikurangkan tambah tambah kalau korang yang sedang dilamun cinta maka berita ni amat menggembirakan la kan...boleh taip panjang panjang kan tanpa jejas duit prepaid atau bil korang kan..

Tapi bagi aku yang menjahanamkan adalah bila bos pun pakai Wassap siap buka group lagi..memang mengganggu la..tambah tambah lak kaki kaki yang agak pemalas nak buat kije buat Wassap grup ni tempat melepak di alam maya plak..sungguh mengganggu..tu tak kira yang share gambar tah pape dengan emel berantai yang tah pape..aduh sangat mengganggu..

Yang kebaikan pula senang aku nak bermesej dengan kawan aku..hahaa...banyak sikit leh jimat kos bila tak ganggu bil aku..hahahaa



Jumaat, 27 Disember 2013

Segmen Azam Blog 2014

Hehehee..tadi ada invitation dari saudara Pha Is ajak join segmen ni..mcm cun jee join ni kan maka aku pun nak join la walaupun takde hadiah tapi yang penting dapat banyak kawan dari golongan bloggers pun hadiah yang besar dah kan..



Itu adalah banner segmen ini..siap ada seal lg tuuu..ko hadooo..takdooo..hahaa

Azam 2013 aku :
- nak dapat dean list utk pengajian pelajar veteran (tak tercapai)
- nak kawen (kononnye laaa..calon pun takde..muhahahhaa)
- nak cari rumah baru (insyaallah tercapai sebab tadi dah tengok umah,doakan aku yee..)

Azam 2014 aku :
- nak dapat kawan blog yang seramai mungkin
- blog jadi yang best mcm kawan blog yang otai
- nak jadi buka bisnes kecil kecilan secara online

Jom la join segmen ni..
Buat pemilik blog incik Pha Is jangan lupa belanja cheq laksa aloq jangguih naaa..hahhaaa

Khamis, 26 Disember 2013

Hilang Sekejap Selera Ala Dinosaur..Lupakan Kopi Buat Sementara Waktu

Nak cantik punya pasal maka terpaksala aku pantang dari minum kopi minum teh untuk sebulan...sebabnya aku dah jadi pengguna Ephyra..muhahhaaa..bangga siot dapat kiriman Ephyra yang aku beli dari kak IntanBerlian..hihi..

Aku dah lama usha pasal Ephyra ni dan kebetulan kak IntanBerlian jual Ephyra ni maka aku dengan lajunya telah bank in kat kak Ina wang untuk membeli Ephyra ni..

Biasala pompuan kan bila dah cakap pasal kecantikan ni maka dia punya mata blink blink la...tambah lak kawan aku cakap Ephyra ok weh menjadi..kesan dia jauh lebih baik dari satu product tu..teeett..takleh cakap sebab sensor nanti aku kena saman..hahahaa

Mulanya aku nak beli yang trial pack tu je yang hanya untuk 10 hari tapi pikir balik ish tak baloi la..better aku beli yang 30 hari terus..hahaaa..bukan sebab yang 10 sachet tu takde shaker yee...

Tapi terus terang aku cakap Ephyra ni ok tau..aku suka rasa oren dia..dah 3 hari dah aku minum Ephyra ni. Aku selalu shake Ephyra ni pastu simpan dalam peti ais, esok bawak g opis minum dulu sebelum sarapan. Siyes minum Ephyra rasa kenyang, aku hanya breakfast sikit je tak mcm selera dinosaur macam selalu. Tengahari makan kuih atau biskut je..malam dah dua hari aku makan roti je..hahahaa.

Psstt..satu hal lagi sebab aku nak kuruskan body yang agak nak menggajah dah ni..baju kurung moden macam nak pecah bila pakai..hahahaa..tobat dah pasni tak nak buat kurung moden dah, nak buat kurung riau ke kurung cina atau kurung biasa je..senang citer bila badan nak menggajah takde la ketara sangat kann..hahaa..Pasni kalau muka aku glowing ke jangan cakap aku pakai susuk plak..hahaa

P/s: betullah Beauty Is Pain...hahhaaa

Dapat je bungkusan dari Kak Ina terus buka kat opis..eh dapat beg Ephyra laa..maka hari hari aku kelek beg tu g opis..hahhaa

Ini dia kotak Ephyra dengan shaker yang kiut

Sachet Ephyra untuk stok sebulan

Roti ni la jadi dinner aku..makan nasik pun sikit je..dah takde istilah selera dinosaur buat masa ini...hahaa..ko tengok berapa keping dah aku makan macam nak kemek dah plastik roti tu..hahaha

Rabu, 25 Disember 2013

Pengat Durian a.k.a Serawa Durian

Minggu lepas tetiba aku teringin sangat nak makan pengat durian a.k.a serawa durian..nak mintak mak aku masak ada ibu baru bersalin kat umah kot dia takleh makan ke kan sebab pantang lagi..kang tak pasal ada yang berjurai air mata bau durian saja takleh nak makan..hahahaa

Maka masa lunch hour tu aku g makan la kat tempat biasa aku makan kat kedai makan Peladang tu..kat situ ada pakcik yang jual durian..asalnya aku nak beli yang dah dikopek tapi takde..cuma ada buah saja..kebetulan maybe rezeki aku kan pakcik tu jual durian sebijik RM 10..dia kata kalau timbang mau RM16.00 ni..dia kata arini dia offer..haha..aku ragu ragu gak nak beli kot tak elok kan dah sebijik RM 10.00..so untuk membuktikan pakcik ni tak menipu dia pun kopek la sikit durian tu dan aku tengok durian tu memang elok..maka aku belilah..tapi dengan muka tak malu aku mintak pakcik tu kopek sikit lagi sebab aku nak kopek nanti sampai umah..hahahaa

Sampai umah aku kopek la durian tu...waahhh!!! cun la isi..aku amek dua tiga ulas untuk dingap sebelum yang lebih tu aku masak jadi pengat..

Resepi aku adalah di bawah ini:

isi durian - aku taruk dalam 5 bijik
gula melaka - aku taruk dalam 2 biji
air - ikut suka sukatan korang
santan - aku guna santan dalam kotak tu

Cara :
Masak gula melaka dengan air sampai gula melaka larut. Bila dah larut gula, taruk santan dan durian dalam tu. Kacau jangan sampai santan naik minyak. Rasa manisnya, kalau tak manis boleh campak gula pasir sikit.
Aku ikut sukatan sendiri sebab nak ejas kepekatan pengat tu..
Makan dengan pulut ke roti ke best oo...

Alamak!!Teringin plak esok kena cari durian lagi...hahahaaa

Ini adalah durian...pakcik durian tu dah kopek sikit durian tu...hehee

Inilah hasil isi durian yang telah dingap dan jadi mangsa pengat..

Ini adalah pengat durian aku..alamak nape gambar ini senget..





Selasa, 24 Disember 2013

Nak Menconteng Tapi Dah Penat

Aku rasa agak lama aku tak menconteng arang di blog aku yang dah cantik ni..patutnya bila dah cantik berkobar-kobar kan semangat nak menulis..

Memang la weh tapi bila dah penat nak conteng macamana..idea ada gambar untuk diceritakan pun dah ada banyakk...maybe pas aku exam ni masa untuk menulis tanpa henti dalam blog ni kot sambil nak buat GA...hahaa..

Tungguuu yeeee....

P/s: Esok cuti kan kot esok aku ada masa untuk berrrrbloggg...

Sabtu, 14 Disember 2013

Akhirnya Dah Berubah Wajah Blog Aku..hoho

Hihihi..masa yang telah tiba sudah menjelma
Actually aku agak buzy body sikit dalam bulan ni sebab nak exam dengan kije yang bikin aku kepala pusing gara-gara arahan orang atasan yang tah pape.

Ikutnye memang banyaakkkk post aku nak publish dalam ni tapi kesuntukan masa..gambar untuk dijadikan cerita pun dah berlambak dalam fail gambar blog aku..

Arini aku buat post baru pun sebab dayang deno dah edit blog aku maka aku buka laa.

Waahhhhh!!! Cantikkkk....mak suka laaaa...haahaa
Sebab aku dah tengok cara kerja dia kemas dan cantik tu sebab aku order dengan dia..

Apa apa pun tengkiu deno create deko yang cantik untuk akak..hihi

Isnin, 2 Disember 2013

Tak Sabar Nak Balik niii..

Huarggghhhh!!!!
Arini ari Isnin maka sindrom Monday's blues menjelma..
Rasa mengantuk, malas dan macam-macam tiga rasa  perasaan ada..
Mana taknye kul 4.30 pagi tadi aku dah bangun pastu gerak ke Penang kul 5.00 pagi tadi..
Mana tak ngantuknye nokk..dahla malam tadi aku susah nak lelap..
Sedar-sedar jam dah bunyi..

Nasib baik la time off aku ada lagi untuk yang terakhir maka dengan banggan aku jumpa pemangku bos untuk minta off..hahahaaa...selalunya aku malas nak mintak dengan bos sebab banyak sangat tanya..nak g mana la nak buat apa..eh eh..sibuk lakk...

Terima kasih En. Mat yang kadang kala aku panggil dia abah bagi aku pelepasan sikijap lagi..hahaa..
Ada juga tadi mulut penyibuk cakap eh ada orang yang dah mintak off..eh aku pedulik hapeee....abah cakap biar dia cakap abah bagi kau off..dah dah..ngeeee..

DENGKI ORG DAPAT OFF...BLUEEEKKKKK!!
© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno