Jumaat, 22 November 2013

Karamel Kastard Edisi Aku...

Tadi pas masak aku rasa esok cuti kan...esok cuti nak kena g USM sat buat research..owhhh rugi masa tido pagi aku...hahahaaa...

Sebab aku pikir esok nak makan apa konon nak kunyah la pas balik tu..tengok kat fridge aku ada resepi karamel kastad..so aku rasa ok gak..maka aku kuarkan la bekas macam comel jeeerrr...comel kerrrrrr

So aku derhaka la sikit dengan karamel tu sebab aku takut tak habeh...minggu depan rabu aku apply cuti sebab nak tunggu si Ulya balik..

Gula karamel tu tak jadi coklat jadi putih jadi macam terapung la kastard tu...hahahaaa
Resepi asal guna agar-agar serbuk tapi aku guna agar-agar straw tu..hahaa..amatur kaann..bedal jeeee..

gula- cairkan gula kasi sikit pekat pastu tuang dalam bekas
tepung jagung - 3 sudu besar
tepung kastard - 2 sudu besar
agar-agar serbuk _tapi aku guna agar-agar straw ikut suka hati aku je taruk tadi
susu pekat - agak-agak manis laa
susu cair satu tin
Air dalam anggaran 3 cawan
Esen vanila

Tadi aku silap masak sebab aku masak agar-agar dulu baru masuk tepung kastad dengan tepung jagung so dia jadi ketul ketul. So terpaksalah aku kacau kacau dan kacau tak bagi banyak yang ketul ketul.

Pastu masukkan susu cair dan susu pekat. Masukkan sikit esen vanila..
Kalau ikut aku tadi mau je aku taruk kaler pink...hahahaaa
Lupa nak cakap tepung tadi tu bancuh dulu dengan air tau...

Ok dah..aku nak basuh muka dulu minyak minyak muka aku ni..kang naik jerawat susah aku nak mengorat anak-anak ikan kat luar tu...hahahaaa..

Haaaa...ni macam-macam bekas aku buh...senang nak makan terus je tak yah nak cedok cedokk

Orang lain buat gula kaler koko nak hangus aku buat jernih jee..hahaa..sebabnya air banyak..dah macam terapung plak...amatur la tuuuu

Khamis, 21 November 2013

Aku Dapat Bungkusan Arini.hihi

Semalam aku ada order barang dari kawan aku...dari negeri yang bakal nak banjir..teka laa..hahaha
Saja je la beli sokong kawan-kawan meniaga..

Aku dah lama aim bekas bawang brand Tupperware ni...aku beli dengan dia jela sekali dengan berus botol plus Ginger Lotion...lotion tu best sedap pakai sebab tak panas sangat tapi wangi jugak..

Order dengan kawan aku ni dapat gift cawan kecik comel tu..hihi


Rabu, 20 November 2013

Stupid Tomyam..Ko Hadooo.hahahaaa

Aku dah tak tau nak masak apa arini..maka aku cadang nak bat tomyam..nama dia STUPID TOMYAM a.k.a TOMYAM BODO

Pesal aku buh nama stupid tomyam???
Sebab bahan tomyam tak penuh..aku cuma taruk tomato, daging, serai dengan cili padi jee..tadak sayur sayur lain..

Kali ni aku pakai perencah tomyam Adabi..selama ni aku pakai paste tomyam yang brand siam tu..halal hokeeyyy..

Aku tak tau la macamana boleh super masam tomyam tu...apakah paste tomyam Adabi ni tak perlu taruk air limau nipis...sebab pas aku taruk sume bahan aku rasa wahhhh...super masam k..bukan super sedap..aku belek balik kat bungkusan paste tu tak disebut masukkan air limau nipiss..nah aku derhaka dengan paste tomyam Adabi..padan muka aku tak baca instruction dulu..muhahahahaaa

Makan petang bersama stupid tomyam super masam, sambal tempe dan juga telur mata kobauu..ahaha...

Ahad, 10 November 2013

Tempat Ajaib di Rumah Adalah Dapur

Hari ni aku boring..aku geledah dapur aku la cari apa yang boleh isi kekosongan diri ini...hahaa
Yang pertamanya aku dah kerjakan Kek Oren..yang ni memang aku dah plan awal-awal sebab esoknya aku nak gi melawat kawan aku yang baru kematian suami. Kek Oren tu aku derhaka sikit taruk pewarna oren dengan pes oren,woo!!! mabeles gak rasanya..

Untuk makan tengahari aku buat daging panggang cicah sambal kicap mentang mentang stok daging banyak... Aku panggang guna oven la tapi aku rebus dulu daging tu takut kang tak masak pulak rentung daging aku.

Sebab aku rebus daging maka aku rasa sayang pulak nak buang air daging tu..so aku bikin sos lada hitam atau bahasa omputihnye black pepper sos..hoho

Nak resepi derhaka aku ke....meh sini aku tayang

Daging Panggang dan Sambal Kicap

Daging
Serbuk Kunyit
Garam
Sos tiram
Sos lada hitam
Serbuk lada hitam

Daging tu aku rebus sebab nak panggang dalam oven. Serbuk kunyit, garam, sos tiram, sos lada hitam dan serbuk lada hitam gaul sebati. Bahan-bahan tadi disalut pada daging dan seeloknya perap selama sejam sebelum panggang atau goreng.

Sambal kicap
Cili padi
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Kicap cair
Garam
Tomato
Bawang besar

Bawang dihiris nipis, cili padi potong kecil-kecil dan tomato dipotong dadu. Masukkan dalam bekas. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap cair dan kicap manis. Perasakan dengan garam.

Ini la daging bakar dengan sambal kicap..makan tambah sampai 3 kali uuu...


Kek Oren

1 biji oren
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan minyak
1 sudu besar baking powder
Parutan kulit oren
Pes Oren
Pewarna Oren
2 biji telur

Blend telur dan gula. Kemudian masukkan oren aku ada masukkan 2 hirisan oren dengan kulit. dan pes oren serta pewarna oren. Blend sekali lagi dan masukkan minyak. Blend lagi. Tepung dan baking powder diayak bersama. Dalam bekas yang besar tuang adunan tadi dan masukkan tepung yang diayak tadi. Gaul sebati dan masukkan parutan kulit oren.
Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit atau bergantung kepada kepanasan oven masing-masing

Kek Oren dalam oven..elok je naik sebab aku dah terer ejas suhu..hohoho

Nah..hirisan kek aku...hoho


Sos Black Pepper

Tepung gandum
Stok ayam atau daging
Sos tiram
Sos cili
Bawang besar
Bawang putih
Butter
Lada hitam yang ditumbuk
Garam
Susu cair

Butter dipanaskan. Bawang besar dan kecil aku blend dengan stok daging tadi. Kalau ikut tumis je bawang tu baru masuk air dan masukkan stok.kan aku cakap aku suka derhaka dengan resepi. bila bau agak wangi masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai ketul ketul tepung tu. Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau hingga sebati. Masukkan lada hitam yang ditumbuk dan perasakan dengan garam.
Oleh sebab aku ni suka derhaka resepi, aku taruk juga oregano dengan serbuk lada putih plus serbuk lada hitam..hihi..

Inilah sos blackpepper aku...esok nak beli kentang boleh cicah..weekend leh buat ciken cop..hoho




Khamis, 7 November 2013

Minum Petang Aku..Macam Selera Dinasour..Aummm

Hari ni aku meroyan buat pertama kali g kedai kat Simpang Empat tu beli kuih..mulanya aku nak beli pisang goreng je sekali akak tu cakap pisang dah takde dik yang dalam kuali ni pun orang punya...memang la orang punya takkan monyet punya kot...opsss

Frust gak aku tapi takpe aku tak heran kak kedai sebelah ada kuih k..hahahaa

Aku beli jela kuih kat gerai yang selalu aku beli kuih time lunch hour tu.eh petang pun banyak lagi kuih kat sini aku ingat takat lunch hour jee..hahaha..nampak sangat aku baru datang petang g beli kuih..memang pun!!!

So aku beli jela cucur bawang singgit dengan cokodok singget...sampai rumah aku panaskan air..sementara tunggu air panas aku masak nasi jugak..hahahaa

Bancuh  kopi O panas duduk depan tv tengok cite Dia Suamiku, pastu Tanggang Ayu..rileks jap g solat pastu tengok Oggy & The Cockroaches..hahahaaa...indah duniaku..hahaa

Memang betul betul selera dinasour..hahahahhaaa

Rabu, 6 November 2013

Usaha Yang Terakhir Kali

Hohoho....tajuk tak leh blahh...
Malam ni takde nak cerita pasal anak buah aku si Ulya tu sebab aku tak tengok dia dekat seminggu kot..hoho..ikut hari dah 8 hari budak tu jengah dunia...haaa..selit jugak cerita budak kecik tu...Ulya ko tau tak aunty rindu gile kat kooo...

Ok tak yah cerita pasal tu...cerita ni pasal bebelan makcik Kutu katanya ada link yang menyibuk sebelah post aku..hahaha...ala yang kononnya kotak yang promot blog obese tuu..ha  ko hadooo...tak hingin aku tau

Tadi usaha aku buang kotak sembang tu..aku buang tadi nampaknya macam agak berjaya menatang kotak tu takde..tapi aku tak nak hepi lagi sebab takut jadi macam ritu.dia hilang kejap pastu ada balik..gilo spoil..

Sekarang sila membaca dengan senang hati tanpa gangguan.hahaa

p/s: jiran aku yang mana la buat inti karipap malam malam ni...mencabar betulla...

Selasa, 5 November 2013

Daging Banyak Lagi Niii...

Alkisah mak aku balik Kelantan la dalam 2 minggu..maka dipesan aku supaya kosongkan peti sejuk dia yang penuh dengan pelbagai jenis lauk mentah..hoho...ada ayam, ada udang, ada daging...dia suh aku sebat semua atas alasan ayah aku dok kat rumah kau jangan mimpi dia nak masak..daripada membazir baiklah aku amek..hahahaa..penuh plak dalam peti sejuk aku...jimat jugak kan duet tak yah beli lauk...lagipun gaji lagi dua minggu lebih..ohoho..

Daging banyak plak..aku cadang tadi nak masak tomyam daging dengan sambal udang tapi aku kansel lak macam tak best...aku godek tenet aku jumpa resepi ni..daging goreng sama nenas. Kebetulan ada lagi nenas dalam tin so aku belasah la..hahahaa

daging
nenas
serbuk lada hitam
bawang putih
bawang merah
sos tomato
sos tiram
rempah kari
bunga lawang
bunga cengkih

daging dihiris nipis. bawang putih tumbuk, bawang merah hiris halus. tumis bawang bersama bunga cengkih dan bunga lawang sampai wangi. masukkan serbuk kari sampai garing kemudian masukkan daging. Biarkan sampai daging empuk. Tambah garam, sos tomato dan sos tiram serta serbuk lada hitam. Gaul rata dan masukkan nenas. Angkat.

P/S: aku tambah serbuk lada putih juga sama oregano..hahahaa..lada benggala takde aku taruk cili padi hiris halus..

Makan dengan nasi panas sedap gilaaa...



Ini la rupa daging tu..aku pun pelik nape tetiba gambar ni pusing...hohohh

Isnin, 4 November 2013

Saya Dah Ada Nama..

Aritu aku dah tayang muka anak saudara aku..masa tu takde nama...
Ari Ahad lepas dah ada official nama, Ulya Qaisara..hihi
Sila panggey saya Ulya ye tapi aunty saya kadang-kadang terpanggil saya Alia...hahaa..sebab tu kadang aunty saya panggil saya Qaisara..hihi...

Tapi ralat gila la..aku dapat jumpa Ulya Qaisara ari Sabtu je...Ahad Qaisara balik Kelantan nak jumpa moyang..ummi Qaisara pun nak balik mengurut..

Sepatut plan Qaisara nak balik ari Isnin lepas jumpa pakcik tapi yang spoilnye air takde plakk..dua hari kau takde air alasannnye paip peah..aiii takkan laa takde yang in charge nak reper paip...sampai dua hari tu..

Aunty rindu kat Ulya Qaisara laa.cepat la balikkk!!

Nama saya Ulya Qaisara..saya ada klip bunga..ummi saya pakaikan..macam cantik jee..macam comel jee...

Saya dah buka mata tengok dunia...

Aunty saya snap curi gambar saya tengah tidooo...

Ini hadiah yang saya dapat..baju tu kawan baik aunty saya bagi..

Mitten and booties ni aunty saya beli...beli di Sunshine katanya..






© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno