Sabtu, 31 Ogos 2013

Budak Baru Sedang Menggodek Blognyeee..


Malam ni aku cuba godek godek blog ni bak kata sifu blog aku makcik kutu ~~~glem u puan kutu dalam blog i~~ kena rajin godek godek blog ni untuk tau macamana nak cantikkan blog.

Ni permulaannya untuk font blog ni,mulanya aku nak font yang cantik untuk tajuk entri sekali dia masuk kat isi entri aku..wallaaabebbb..macamana ni tapi takpe suntikan semangat daripada puan kutu tetap kupegang usaha tangga kejayaan..Cuma yang header yang aku tempah sedang ditunggu daripada seorang kawan blogger untuk disiapkan.

Font tu dah setel even masuk dalam isi entry tapi takpe aku usaha lagi untuk dibuat tajuk entri,hold dulu. Sekarang ni aku nak try melukis kat paint merujuk kepada tutorial deno..

Nanti dah siap aku tayang kat korangg...oowhh font aku pakai tu namanya kaiti

Perhatian!! Kucing ni bukan lukisan aku..kang tak pasal ramai suh aku lukis benda ni plakk


Jumaat, 30 Ogos 2013

Vavavavavav..Rupanya Kutu Bagi Ajaran Sesat Kt Aku Semalam..hahhaa

Nahhh....berjaya jugak aku buat bloglist aku atas ajaran yang betul dari makcik kutu..hahahaa...
Rupanya semalam dia salah bagi ajaran..sib bek hang tak bagi ajaran ilmu salah kan..hahaaa..

Well ibu Aiman n Afia tengkiu so much sebab mengajar aku blogger yang baru mula merangkak dalam dunia blogger ni.

Blog aku ni dalam penambahbaikan juga sebab header tu dalam proses juga mau dicantikkan..

Semoga dengan adanya laman blog yang cute tu menambahkan lagi semangat aku buat blog ni even blog ni banyak cerita tentang hidup aku dan juga kemerapuan akuu....


Khamis, 29 Ogos 2013

Nahhh..Bila Makcik Kutu Blogger Tegar Bagi Aku Tusyen Free Tadi..

Heheheheheheh...

Bab belajar pasal blog ni aku banyak belaja dari si makcik kutu ni..sebabnya blog dia banyak aku buat reference..hahahaa..

Tadi dia ajar aku buat bloglist katanya senang nak tengok pengikut dan citer terbaru dari blog yang kita follow..

Katanya pegi kat dashboard then pegi kat add bloglist...tapii...aku dah buat takde appear pun benda tuuuu......

GAGALLLLL!!!

Tapi ada jugak tapiii...aku berjaya buat tab kat blog akuuu!!muhahhahaaa...pencapaian yang agak memberangsangkan buat aku..hahahhaaaaa


Rabu, 28 Ogos 2013

Nahhh..Arini Beli Lagi

Tengahari tadi lepas makan kat KFC aku singgah plak kat Cosway konon nak beli 4-pc drawer organizer la untuk kemas sikit laci aku..katanya 5S la sangat..tapi takde plak benda tu so aku tengo ada mineral lipstik..macam best gak..tapi harga pun best jugak RM 9.90..aku pun apa lagi dengan muka best aku beli laa..nak pakai masa majlis raya minggu depan la konon..tapi ok gak la lipstik tu moist dan nampak natural colour..tapi esok aku nak pakai jugak tak nyempat nak tunggu minggu depan..

Nah..itula lipstik baru tadi Berry Mauve..abaikan objek yang berselerak atas meja opis aku...

Selasa, 27 Ogos 2013

Tak Pasal Aku MC Hammer Arini

Alkisah pagi yang mulia semalam, aku dah tergolek kat tempat parking macam kucen kena gelek motokar...tah sape tah yang elok je letak sebongkah batu kat tempat parking,elok je aku tutup pintu kete tersepak batu tu maka aku pun dah macam buat senam pagi sambil pumping tepi kete aku..WTH!!!

Gilo sakit..tak terbangun aku sib bek la kawan aku pas punch card turun..dia la yang angkat aku ~~elok je ko angkat aku pegang tanganku kan..~~hahhaa..tak kesahla..tersandar aku jap kat kete sib bek tak seliuh kaki..tengok tengok kat tapak tangan dah luka, lengan pun luka betis pun luka..dah macam orang eksiden dah..dalam hati mau je aku maki sape yang letak batu kat situ

Tengahari aku time off..sakit satu badan dah macam nak demam..pagi tadi dah sah tak g kije sebab badan sakit lagi, maka aku ke klinik la..doktor tahan gelak agaknya aku citer benda betul tu demi menjaga etika kedoktoran dia la kononnyaaa...sib bek dia kenal aku,kalau tak kenal mau aku tumbuk muka dia..hahahaaa..
Dia bagi la aku MC sama lotion kuning tu dengan ubat tahan sakit..



Nah...losyen kuning la buat sapu luka..katanya takut nanti luka tu bernanah..baikklaahh..saya sapuuu.


Sebab tangan pun sakit aku pun malas la nak masak, maka masak instant mee jela..hari ni aku belasah mamee tarik tu..okla jugaaakkk..



Mamee Tarik  perisa ayam pedas dengan cendawan shitakee..ok jugak la rasanya..


My previous mamee..sebelum mee tarik tu aku layan mamee ni laa...

Ini hasil mamee tu setelah aku kijekan atas dapur, tapi aku suka tumis bawang dulu sebelum masak megi baru best..




Hasil KWSP aku..muhahahaaa

Selama aku kerja 3 tahun berturut-turut tapi tak penah dapat lagi anugerah cemerlang, tapi duit kwsp yang telah dikerat dari gaji aku telah membuahkan hasil..hahahaa..dapatlah aku rasa sikit pemotongan tu..aku amik sikit je hasil tu untuk aku berjoli tapi sebahagian besar aku simpan la untuk masa depan dan juga untuk yuran study aku..

Hasilnye dekat 500 hengget jugak melayang...cincin tu memang aku dah aim lama dah sejak aku tengok kiosk Lazo Diamond..aku ni bukan minat sangat emas kuning tu..huhuhu..

Nah..ini adalah hasil pemshopingan aku dengan hasil kwsp aku..huhu

Shantek tak cincin makk...

Ahad, 25 Ogos 2013

Aku Ingat Dah Berhenti Aktiviti Kejam niii..

Tadi petang aku ke Bank Islam dekat Jalan Pegawai dekat Alor Star ni..aikk, aku tengok ada seorang budak lelaki berdiri dekat pintu bank..muka letih tapi sempat lagi senyum sambil bagi salam..eh, ni bukan ke budak sekolah dari sekolah maahad yang dah kena bom dalam tv aritu..

Kalau dulu dorang ni pegang produk konon sekolah punya barang kot dengan resit..tapi skang ni pegang botol maybe dalam tu kismis dengan satu surat yang dilaminate kononnye surat yang mengatakan ini adalah latihan perniagaan kepada pelajar..puiiii!! Taktik baru pulakkk...

Aku cuma pandang budak tu dari dalam bank sementara mak aku nak keluarkan duet dari ATM..ada sorang pakcik datang dekat budak tu tak tau la cakap apa tapi nampak dia macam bagi duet kat budak tu..masukkan duet dalam poket baju budak tu..

Keluar dari bank aku tengok budak tu dah takde..tetiba terpandang budak tu duduk di dekat sebelah bank mengira duet..aduhhh macam nak jatuh air mata aku tengok budak tu..mak aku cakap pergilah bagi duet kat budak tu cakap duet raya kesian budak tu..

Aku pergi kat budak tu..memang kesian dengan muka letih tapi pucat gak tetiba aku datang kat dia..aku tanya dia adik sekolah mana..dia cakap la sekolah tahfiz tu..aku tanya dah makan belum dah makan katanya..macam-macam aku tanya dia sampai aku suh dia baca ayat quran tapi segala tajwid nahu pun tak ke mana..katanya dia dari Tawau, Sabah.. mak ayah bagi kebenaran buat kije ni...duet masuk tabung sekolah...aduhai diikkkk..takkan la mak ayah ko bagi ko buat kije macam ni..manade mak ayah bagi kebenaran ko buat kije macam ni..dik sekolah ko kan dulu yang masuk tv kan...jawapan best aku dengar err saya tak tau semua tu kak...cantik jawapan ko dik...konon cover sekolah ko yang tah pape tu..

Even aku takde anak, akau dapat rasa macamana luluhnya hati mak ayah bila tengok anak buat kije macam tu..kalau la dia anak yatim aku tak tau la betapa kejam manusia sekarang ni sanggup gunakan anak yatim untuk kepentingan diri. Sepatutnya anak yatim dibela disayangi bukan dizalimi macam ni..

P/S: aku rasa ni entry aku yang menyentuh jiwa dan perasan kott..huhuu..dah aku nak tido dah..moga ALLAH pelihara anak-anak di situ dari terus dianiaya dan dizalimi..orang yang aniaya anak-anak ni aku doakan moga ALLAH beri balasan yang setimpal pada dorang..AMINNNN...

Sebelum Kena Denda Baiklah Aku Bertindak Duluuuu!!!

Hai..
Sempat jugak aku nak membuka entry malam ni memandangkan semangat yang berkobar kobar setelah Puan Kutu mempromotekan blog aku yang tak seberapa ni..yang baru aku bina tak sampai sebulan ni..header pun kelam kabut g nak tunggu buat mabeles header pasni..

Dengar je denda semua orang takut kecut perut kan..sebabnya hari tu sebelum raya aku ada baca kat paper Metro pasal kad pengenalan baru ni, boleh rujuk kat  http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar2013/ogs/akhbar20130807_0.pdf


Jangan baca yang atas, scroll sikit ke bawah tu..ha kan dah jumpa..denda RM 20,000 tu mana nak cekau cik kak..lagi tu ha penjara tak melebihi 3 tahun..mak aii...seram makkk..

So dengan kesedaran yang amat tinggi dan tak nak menanggung susah, dengan gigihnya tadi pagi aku dengan mak aku pun ke JPN Daerah Yan kat Guar Cempedak la..

Dengan hanya membayar RM 10 untuk menukar alamat..tambah pulak staff kat situ mesra pelanggan..memang salute la kat dorang..sempat g staff tu tanya aku cikgu ke..hihi..ada muka cikgu ke aku ni..

Time nak shoot gambar pulak..muka memang control ayu la hidung tu kalau boleh nak kempis kan sehabis mungkin kot la terkembang plak gambar tu..dahla gambar kat ic lama tu pun dah macam nak telan orang..hahaa...ic lama boleh plak pakai spek skang ni kena buang plak alasan staff tu tak nampak mata..hahaha..sib bek dia tak cakap satg orang cakap hantu cina plak..muhahahahaa..tak tau la muka macam mana plak..lupa nak tanya staff tu, errr bang..lipstik ada lagi tak ni..hahahaaa...

So kekawang yang mana belum tukar tu baiklah g tukar ic baru tu..mula nak pergi risau gak kot staff JPN sound lambat nak tukar ic baru..yela dh 11 tahun kan ic tu..naik kulat bagai dah.hahahahaaa

Ini adalah tiket nombor aku..



Nah..ni la ic lama aku..tengok muka tu macam nak telan orang jah..hahaha...nak tunggu ic baru lak
Lagi 3 minggu aku dapat ic baru..muhahahhaaaa

Sabtu, 24 Ogos 2013

Katanya Nak Buat Sesi 5S..menjadik keeerrrrrr

Hari Jumaat yang mulia adalah hari 5S opis aku...katanyaaa..maka setiap Jumaat katanyaa..bos aku la cakap adalah Hari 5S maka semua kakitangan adalah diberi kebebasan untuk melaksanakan program 5S ni..~~jabatan lain aku rasa dah lama setel 5S dah siap 10S kottt~~...

Maka aku dengan daya usaha yang gigih time kaum-kaum lelaki nak g solat Jumaat maka aku dengan sahabat senegeri aku Kak Sima menggolek tayar ke Mydin Bukit Jambul semata-mata nak membeli perkakaks nak dibuat 5S...aku cuma nak beli barang aku jela Kak Sima plak ditugaskan jadi Chief Leader plak di bahagian kaunter maka pusing kepala la mek tu nak cari bahan dengan segala budget tak dinyatakan..

Aku dengan jayanya dah membeli rak untuk memuatkan segala fail aku yang beratus dengan drawer nak taruk segala borang..

Maka setelah sampai di opis pikir mcmana plak nak susun tempat maka ramailah penghias dalaman yang tak bertauliah hadir memberi pendapat sampai dorang nak berbalah aku plak naik pening...


Antara penghias dalaman yang tak bertauliah..sorang diimport dari Korea yang dikenali sebagai Mamak Korea..hahahaaa


Tempat aku yang agak agak dah dikemaskan sikit laa

Sebahagian daripada rak yang perlu nak dihias balik

Tu baru sebahagian aku kemas sebab Jumaat kan..maka sesi seterusnya Isnin ni la...kalau aku agak sedikit rajinnn...



Isnin, 19 Ogos 2013

Kerabu Tomato

Hai hai haii...
Hari ni hari paling malas aku..maka disebabkan perut pun lapar lepas balik kije maka godek godek la internet ni cari resipi. Dalam kemalasan tu terjumpa la kerabu tomato dari page www.tiffinbiru.com kepunyaan Che Mat Gebu. Actually aku suka sangat tengok resepi dari page ni sebab senang nak buat dan yang penting aku senang nak mengkucar kacirkan resepi asal..hoho..jangan marah Che Mat..

Resepi asal boleh la korang rujuk di page ini http://www.tiffinbiru.com/2009/11/kerabu-tomato.html

Resepi yang aku dah kucar kacirkan dari resepi asal

4 biji tomato yang belum ranum
segenggam ikan bilis (basuh,toskan air) ~~resepi asal goreng je ikan tu tp aku tumbuk pastu baru goreng
2 biji limau nipis ~~resepi asal pakai limau kasturi
cili padi (potong nipis) ~~ikut suka banyak mana nak kalau korang nak pedas
selabu bawang besar (hiris nipis)
serbuk lada hitam ~~resepi asal tak taruk tapi aku taruk,aku pakai jenis Aji Shio
gula
garam ~~tapi aku pakai secukup rasa megi

Sebahagian bahan yang sempat disnap


Prosedur Mengerjakan :

+  Tomato di hiris sedang tidak nipis tidak besar, empulurnya dibuang sebab nanti berair
+  Bawang besar dan cili padi dihiris nipis lalu dicampak ke dalam mangkuk yang berisi tomato tadi
+  Ikan bilis yang telah dibasuh dan ditumbuk tadi digoreng lalu ditos minyak maka campak la dalam mangkuk berisi tomato, cili dan bawang
+  Tuangkan air limau nipis, perasa dan gula lalu korang rasala sesedap rasa korang. Jangan lupa serbuk lada hitam kalau nak tabur-tabur atas kerabu tu.
+  Bil korang rasa masam, manis dan segala rasa ada maka bolehla korang ngap..


*aku baru nak dengar komen dari kawan opis aku esok apa rasa.

Inilah Hasilnya


© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno