Jumaat, 18 April 2014

Kiko..Kau Tetap di Hati

Kiko..anak kucing aku yang baru mati..baru je aku adopt dia 31.3.2014..tak sampai sebulan aku bela dia jaga dia.
Kiko ni anak kucing ada sorang akak tu bagi aku..memang Kiko dari asal lagi sakit tapi takpelah aku amek jugak dia bela macam aku bela kucing-kucing aku yang lain. Kiko aku bagi perhatian lebih sikit dari Kiki,si Tom n Jerry tu.

Kiko masa mula aku bela memang selalu cirit birit. Akak tu cakap Kiko ni dia jumpa kat tong sampah dengan adik beradik dia yang lain. Kiko je yang kuat semangat tak nak mengalah, adik beradik dia semua dah mati.

Aku bawak ke klinik vet kerajaan kat sini rawat Kiko. Aku bagi Kiko seminggu ubat tu tapi Kiko still cirit. Aku bawak lagi ke klinik tu then vet situ tukar ubat lain. Kiko nampak ok sikit. Yang best aku pernah nampak dia sekali berlari masa aku nak bagi susu kat dia dengan Kiki.

Minggu lepas aku kena g KL nak hadiri majlis pentauliahan adik aku. So aku tinggalkan si Kiko dengan Goku kat klinik haiwan. Doktor cek Kiko cakap kemungkinan Kiko ada jangkitan parasit di usus. Sebab tu dia makan banyak pun dia tetap keding. Doktor drip Kiko sebab Kiko kurang air. Banyak air yang dia minum kuar ikut feses dia.

Dua hari aku tinggalkan Kiko dengan Goku di klinik tu. Doktor cakap Kiko dah ok,berak pun tak kerap. Si Goku kena operate sebab mata bengkak kena serang dengan sekor kucing.

Kiko sampai rumah dia jalan terkedek kedek macam biasa. Keluar rumah golek golek kejap atas simen,berjemur panas kejap. Aku dah hepi Kiko dah sihat. 

Malam tu masa Kiko tengah sama-sama kucing lain,tetiba dia terberak. Kiko tak macam tu. Dia kucing cerdik. Kalu nak berak dia akan cari pasir atau dia pegi toilet. Ayah aku suh kurung dalam sangkar. Malam tu memang aku rasa sedih sangat bila ingatkan Kiko. Menangis jugak aku. Masa nak suap ubat mata Kiko berair macam nak nangis. Aku rasa macam nak nangis depan dia tapi aku tahan aku tak nak tunjuk dia. Aku nak Kiko kuat.

Esok masa nak balik Penang aku tengok Kiko dah terkulai. Mak aku suh bawak g klinik. Aku selimut Kiko dengan tuala dia, peluk dia sampai klinik. Sampai klinik terus aku bawak masuk bilik doktor. Masa doktor rawat Kiko aku dah menangis dah tengok dia. Doktor cakap cuma doa dan tawakal saja sebab anak mata Kiko dah mula mengecil.

Aku terpaksa balik petang tu sebab aku nak kije esoknya. Aku masuk jumpa Kiko di wad. Belai dia kat kepala macam selalu aku buat kat dia. Aku cakap Kiko kena kuat aku nak balik Penang esok kije, nanti minggu depan aku datang amek. Kik hanya meow dua kali kat aku. Time tu memang sedih sangat.

Malam masa aku drive kat highway dengan tiga ekor kucing aku, Dr Megat call bagitau Kiko dah takde. Meraung aku sorang sorang dalam kereta. Aku mintak doktor simpan Kiko esok aku minta mak aku datang amik Kiko kebumi kat rumah. Kucing-kucing lain semua senyap diam. Kupik si Bengal datang atas riba macam pujuk aku,cium aku. Betul kata kawan aku, kucing paham bila kita sedih.

Sampai rumah aku pandang barang Kiko, ubat dia, tempat selalu dia lepak, tempat tidur dia. Seolah dia ada lagi di rumah. Sebelum balik aku ada beli ayam untuk Kiko tapi rezeki dia cuma pagi tadi saja. Baki labu dia ada lagi.

Aku balik kije takde dengar dah bunyi meow Kiko yang kuat sambut aku balik, takde dah kucing yang menyibuk nak ikut aku g kerja, takde bunyi bising dia petang petang mintak susu,takde dah kena cakar masa nak bagi ubat. Aku rindu waktu tu.

Kiko mak aku dah kebumi tepi rumah sebab aku nak Kiko tahu aku sayang dia, tak nak dia terbiar bagi orang lain uruskan dia. Mak aku cakap redha je Kiko pergi sebab dia pun sakit. Dia sakit dia tak pandai nak bagitahu. Patutlah pagi tadi banyak dia makan,minum.

Rumah rasa sunyi sebab kucing kucing tak senakal dulu. Kiki si Tom n Jerry tu pun senyap je, termenung je kijenye..dua malam dah dia tidur atas majalah tempat selalu Kiko lepak. Selalu dia tenung tempat Kiko lepak. Malam tadi dia tido kat bawah ampaian tempat si Kiko selalu duduk. Sunyila tu dah takde anak kucing dia nak usik. Takde nak rebut rebut makan rebut rebut susu dengan Kiko. Malam tadi demam si Kiki maybe rindu Kiko.

Cuma sekarang yang ada kenangan Kiko bila si Kiki pulak petang petang mintak susu macam Kiko. Tapi tak boleh lawan mulut bising si Kiko. Suara halus tapi nyaring.

Kiko..kucing yang ajar aku erti sabar dan tabah walaupun aku sempat bela dia dua minggu. Jaga dia macam jaga baby, memang terasa sangat kehilangan dia walaupun dia sekejap saja dengan aku. Takpela rezeki dia yang ada dengan aku hanya banyak tu. Biarlah dia pergi daripada dia tanggung sakit. Kucing yang tak banyak kerenah.

Aku bela Kiko start 31.3.2014 hingga 14.4.2013. 

Kiko,biarlah orang ketawa kau masa kau sakit pakai pampers. Orang tak tahu kau sakit. Apa pun aku puas hati aku dapat jaga kau, dapat rawat kau, duit aku habis kat kau pun aku tak kisah..rezeki kau dengan aku..aku halalkan Kiko. Cuma satu harapan aku aritu satu je, moga kau sihat dan montel macam Kiki.

P/s: Aku cuba terima kenyataan Kiko dah takde..sedih mmg sedih tapi aku kena kuat untuk kucing kucing yang poyo, sengal dan nakal kat umah tu

2 ulasan:

  1. as cat lovers, cerita nih sangat menyentuh hati, uhuhu ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..masih lagi terkenang si kiko..:(

      Padam

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno