Rabu, 25 Disember 2013

Pengat Durian a.k.a Serawa Durian

Minggu lepas tetiba aku teringin sangat nak makan pengat durian a.k.a serawa durian..nak mintak mak aku masak ada ibu baru bersalin kat umah kot dia takleh makan ke kan sebab pantang lagi..kang tak pasal ada yang berjurai air mata bau durian saja takleh nak makan..hahahaa

Maka masa lunch hour tu aku g makan la kat tempat biasa aku makan kat kedai makan Peladang tu..kat situ ada pakcik yang jual durian..asalnya aku nak beli yang dah dikopek tapi takde..cuma ada buah saja..kebetulan maybe rezeki aku kan pakcik tu jual durian sebijik RM 10..dia kata kalau timbang mau RM16.00 ni..dia kata arini dia offer..haha..aku ragu ragu gak nak beli kot tak elok kan dah sebijik RM 10.00..so untuk membuktikan pakcik ni tak menipu dia pun kopek la sikit durian tu dan aku tengok durian tu memang elok..maka aku belilah..tapi dengan muka tak malu aku mintak pakcik tu kopek sikit lagi sebab aku nak kopek nanti sampai umah..hahahaa

Sampai umah aku kopek la durian tu...waahhh!!! cun la isi..aku amek dua tiga ulas untuk dingap sebelum yang lebih tu aku masak jadi pengat..

Resepi aku adalah di bawah ini:

isi durian - aku taruk dalam 5 bijik
gula melaka - aku taruk dalam 2 biji
air - ikut suka sukatan korang
santan - aku guna santan dalam kotak tu

Cara :
Masak gula melaka dengan air sampai gula melaka larut. Bila dah larut gula, taruk santan dan durian dalam tu. Kacau jangan sampai santan naik minyak. Rasa manisnya, kalau tak manis boleh campak gula pasir sikit.
Aku ikut sukatan sendiri sebab nak ejas kepekatan pengat tu..
Makan dengan pulut ke roti ke best oo...

Alamak!!Teringin plak esok kena cari durian lagi...hahahaaa

Ini adalah durian...pakcik durian tu dah kopek sikit durian tu...hehee

Inilah hasil isi durian yang telah dingap dan jadi mangsa pengat..

Ini adalah pengat durian aku..alamak nape gambar ini senget..





8 ulasan:

  1. aku mkn durian dengan pulut laju gak la ..klu pengat bubuq ni semua aku kureng..aku mmg bukan peminat durian..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaaa..tp kalau bukan peminat durian bleh laju lak hang makan dgn pulut..hihi..

      Padam
  2. org kata, serawa ni makanan orang tua2.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yekee...maakkkkk pha is ckp kita makan makanan org tuaaaa...hahaaa

      Padam
  3. hbs basah meja study saya sbb terliur tgk durian tu.. huhu..

    BalasPadam

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno