Ahad, 10 November 2013

Tempat Ajaib di Rumah Adalah Dapur

Hari ni aku boring..aku geledah dapur aku la cari apa yang boleh isi kekosongan diri ini...hahaa
Yang pertamanya aku dah kerjakan Kek Oren..yang ni memang aku dah plan awal-awal sebab esoknya aku nak gi melawat kawan aku yang baru kematian suami. Kek Oren tu aku derhaka sikit taruk pewarna oren dengan pes oren,woo!!! mabeles gak rasanya..

Untuk makan tengahari aku buat daging panggang cicah sambal kicap mentang mentang stok daging banyak... Aku panggang guna oven la tapi aku rebus dulu daging tu takut kang tak masak pulak rentung daging aku.

Sebab aku rebus daging maka aku rasa sayang pulak nak buang air daging tu..so aku bikin sos lada hitam atau bahasa omputihnye black pepper sos..hoho

Nak resepi derhaka aku ke....meh sini aku tayang

Daging Panggang dan Sambal Kicap

Daging
Serbuk Kunyit
Garam
Sos tiram
Sos lada hitam
Serbuk lada hitam

Daging tu aku rebus sebab nak panggang dalam oven. Serbuk kunyit, garam, sos tiram, sos lada hitam dan serbuk lada hitam gaul sebati. Bahan-bahan tadi disalut pada daging dan seeloknya perap selama sejam sebelum panggang atau goreng.

Sambal kicap
Cili padi
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Kicap cair
Garam
Tomato
Bawang besar

Bawang dihiris nipis, cili padi potong kecil-kecil dan tomato dipotong dadu. Masukkan dalam bekas. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap cair dan kicap manis. Perasakan dengan garam.

Ini la daging bakar dengan sambal kicap..makan tambah sampai 3 kali uuu...


Kek Oren

1 biji oren
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan minyak
1 sudu besar baking powder
Parutan kulit oren
Pes Oren
Pewarna Oren
2 biji telur

Blend telur dan gula. Kemudian masukkan oren aku ada masukkan 2 hirisan oren dengan kulit. dan pes oren serta pewarna oren. Blend sekali lagi dan masukkan minyak. Blend lagi. Tepung dan baking powder diayak bersama. Dalam bekas yang besar tuang adunan tadi dan masukkan tepung yang diayak tadi. Gaul sebati dan masukkan parutan kulit oren.
Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit atau bergantung kepada kepanasan oven masing-masing

Kek Oren dalam oven..elok je naik sebab aku dah terer ejas suhu..hohoho

Nah..hirisan kek aku...hoho


Sos Black Pepper

Tepung gandum
Stok ayam atau daging
Sos tiram
Sos cili
Bawang besar
Bawang putih
Butter
Lada hitam yang ditumbuk
Garam
Susu cair

Butter dipanaskan. Bawang besar dan kecil aku blend dengan stok daging tadi. Kalau ikut tumis je bawang tu baru masuk air dan masukkan stok.kan aku cakap aku suka derhaka dengan resepi. bila bau agak wangi masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai ketul ketul tepung tu. Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau hingga sebati. Masukkan lada hitam yang ditumbuk dan perasakan dengan garam.
Oleh sebab aku ni suka derhaka resepi, aku taruk juga oregano dengan serbuk lada putih plus serbuk lada hitam..hihi..

Inilah sos blackpepper aku...esok nak beli kentang boleh cicah..weekend leh buat ciken cop..hoho




10 ulasan:

  1. ajaib! yes sgt ajaib .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...mmg ajaib kan...tempat yang boleh menggemukkan diri..muahhaaa

      Padam
  2. mana ada ajaibnya,klu malas apapun tak jadi..kira ko ni spesis rajin gak la..kek oren,daging panggang sambal kicap siap sos blackpepper lagi..boleh dah kawen,dh pandai msk.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaaa...tempat yg ajaib..barang yg ajaib sah2 periuk dgn kuali..campak je makanan dlm tu jadila makanan yg best..

      Padam
  3. wah sedap nih, daging panggang budoxe suka makan dgn nasi kerabu. beli je dah ada daging. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..tp daging kena terer masak kalau tak kenyalll...hahaa..makan dgn nasik kerabu mmg best.....buh plak budu..perghhh

      Padam
  4. Memang ajaib dari tak ada terus ada kan ? hahahhaaa..
    sebab tu suami selalu ada word ajaib jugak.. lappar la.. tup tup tak sampai stgh ja, dah ada mkanan :P hehehee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg ajaib..drpd takde terus ada kan..takde yg kelaparan..wahhh...kasi word ajaib tu terus ada makanan..hebattt..hihi

      Padam
  5. macam² ada ni.. bukan malas.. ni terlebih rajin huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah yg sebenar adalah terlebih boring..hahahaa

      Padam

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno