Selasa, 5 November 2013

Daging Banyak Lagi Niii...

Alkisah mak aku balik Kelantan la dalam 2 minggu..maka dipesan aku supaya kosongkan peti sejuk dia yang penuh dengan pelbagai jenis lauk mentah..hoho...ada ayam, ada udang, ada daging...dia suh aku sebat semua atas alasan ayah aku dok kat rumah kau jangan mimpi dia nak masak..daripada membazir baiklah aku amek..hahahaa..penuh plak dalam peti sejuk aku...jimat jugak kan duet tak yah beli lauk...lagipun gaji lagi dua minggu lebih..ohoho..

Daging banyak plak..aku cadang tadi nak masak tomyam daging dengan sambal udang tapi aku kansel lak macam tak best...aku godek tenet aku jumpa resepi ni..daging goreng sama nenas. Kebetulan ada lagi nenas dalam tin so aku belasah la..hahahaa

daging
nenas
serbuk lada hitam
bawang putih
bawang merah
sos tomato
sos tiram
rempah kari
bunga lawang
bunga cengkih

daging dihiris nipis. bawang putih tumbuk, bawang merah hiris halus. tumis bawang bersama bunga cengkih dan bunga lawang sampai wangi. masukkan serbuk kari sampai garing kemudian masukkan daging. Biarkan sampai daging empuk. Tambah garam, sos tomato dan sos tiram serta serbuk lada hitam. Gaul rata dan masukkan nenas. Angkat.

P/S: aku tambah serbuk lada putih juga sama oregano..hahahaa..lada benggala takde aku taruk cili padi hiris halus..

Makan dengan nasi panas sedap gilaaa...



Ini la rupa daging tu..aku pun pelik nape tetiba gambar ni pusing...hohohh

2 ulasan:

  1. nmpk sedap gak..tp aku suggestkan len kali better ang guna nenas ori,bebas pengawet baq ang..:)

    mesti berbulu baca komen aku.hakhak

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap wehh...pedas secukup rasa manis jugak..
      pakai nenas ori mmg tak masuk dalam daging la aku siap buat cicah gula kicap la..
      memang berbulu pun hang mcm suh aku g beli nenas plakk ptg ni...hahahahaaaa

      Padam

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno