Isnin, 19 Ogos 2013

Kerabu Tomato

Hai hai haii...
Hari ni hari paling malas aku..maka disebabkan perut pun lapar lepas balik kije maka godek godek la internet ni cari resipi. Dalam kemalasan tu terjumpa la kerabu tomato dari page www.tiffinbiru.com kepunyaan Che Mat Gebu. Actually aku suka sangat tengok resepi dari page ni sebab senang nak buat dan yang penting aku senang nak mengkucar kacirkan resepi asal..hoho..jangan marah Che Mat..

Resepi asal boleh la korang rujuk di page ini http://www.tiffinbiru.com/2009/11/kerabu-tomato.html

Resepi yang aku dah kucar kacirkan dari resepi asal

4 biji tomato yang belum ranum
segenggam ikan bilis (basuh,toskan air) ~~resepi asal goreng je ikan tu tp aku tumbuk pastu baru goreng
2 biji limau nipis ~~resepi asal pakai limau kasturi
cili padi (potong nipis) ~~ikut suka banyak mana nak kalau korang nak pedas
selabu bawang besar (hiris nipis)
serbuk lada hitam ~~resepi asal tak taruk tapi aku taruk,aku pakai jenis Aji Shio
gula
garam ~~tapi aku pakai secukup rasa megi

Sebahagian bahan yang sempat disnap


Prosedur Mengerjakan :

+  Tomato di hiris sedang tidak nipis tidak besar, empulurnya dibuang sebab nanti berair
+  Bawang besar dan cili padi dihiris nipis lalu dicampak ke dalam mangkuk yang berisi tomato tadi
+  Ikan bilis yang telah dibasuh dan ditumbuk tadi digoreng lalu ditos minyak maka campak la dalam mangkuk berisi tomato, cili dan bawang
+  Tuangkan air limau nipis, perasa dan gula lalu korang rasala sesedap rasa korang. Jangan lupa serbuk lada hitam kalau nak tabur-tabur atas kerabu tu.
+  Bil korang rasa masam, manis dan segala rasa ada maka bolehla korang ngap..


*aku baru nak dengar komen dari kawan opis aku esok apa rasa.

Inilah Hasilnya


2 ulasan:

  1. rajin ang,siap kerabu tu..aku pun tak rajin macam ni.haha

    BalasPadam
  2. hahahaa...aku just try and error je..tp kawan aku yang tukang try ckp masam sikit dia ckp ikut resepi asal la..tp dia ckp ikan bilis tu taruk lebih sikit...nk lagi umpphhh taruk bunga kantan..ok gak tu..huhu

    BalasPadam

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno