Ahad, 25 Ogos 2013

Sebelum Kena Denda Baiklah Aku Bertindak Duluuuu!!!

Hai..
Sempat jugak aku nak membuka entry malam ni memandangkan semangat yang berkobar kobar setelah Puan Kutu mempromotekan blog aku yang tak seberapa ni..yang baru aku bina tak sampai sebulan ni..header pun kelam kabut g nak tunggu buat mabeles header pasni..

Dengar je denda semua orang takut kecut perut kan..sebabnya hari tu sebelum raya aku ada baca kat paper Metro pasal kad pengenalan baru ni, boleh rujuk kat  http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar2013/ogs/akhbar20130807_0.pdf


Jangan baca yang atas, scroll sikit ke bawah tu..ha kan dah jumpa..denda RM 20,000 tu mana nak cekau cik kak..lagi tu ha penjara tak melebihi 3 tahun..mak aii...seram makkk..

So dengan kesedaran yang amat tinggi dan tak nak menanggung susah, dengan gigihnya tadi pagi aku dengan mak aku pun ke JPN Daerah Yan kat Guar Cempedak la..

Dengan hanya membayar RM 10 untuk menukar alamat..tambah pulak staff kat situ mesra pelanggan..memang salute la kat dorang..sempat g staff tu tanya aku cikgu ke..hihi..ada muka cikgu ke aku ni..

Time nak shoot gambar pulak..muka memang control ayu la hidung tu kalau boleh nak kempis kan sehabis mungkin kot la terkembang plak gambar tu..dahla gambar kat ic lama tu pun dah macam nak telan orang..hahaa...ic lama boleh plak pakai spek skang ni kena buang plak alasan staff tu tak nampak mata..hahaha..sib bek dia tak cakap satg orang cakap hantu cina plak..muhahahahaa..tak tau la muka macam mana plak..lupa nak tanya staff tu, errr bang..lipstik ada lagi tak ni..hahahaaa...

So kekawang yang mana belum tukar tu baiklah g tukar ic baru tu..mula nak pergi risau gak kot staff JPN sound lambat nak tukar ic baru..yela dh 11 tahun kan ic tu..naik kulat bagai dah.hahahahaaa

Ini adalah tiket nombor aku..



Nah..ni la ic lama aku..tengok muka tu macam nak telan orang jah..hahaha...nak tunggu ic baru lak
Lagi 3 minggu aku dapat ic baru..muhahahhaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno