Sabtu, 15 Ogos 2015

Ayam Sambal Acheh

Dah lama aku tak berblog.
Alasan aritu sibuk dengan exam,pas exam pulak macam macam hal nak kena setel.

So arini aku belanja korang satu resepi la yang asalnya aku amik dari blog http://najjahomesweetiest-bites-yummy.blogspot.com/2012/10/sambal-acheh-burung-puyuh.html. Asal resepi ni pakai burung puyuh mana la aku nak cari burung puyuh. Aku pakai ayam ye..Tapi resepi ni aku derhaka la buh air asam jawa sebab lupa beli tomato dan aku buh halia sikit

Nah resepinye

Ayam -aku potong kecil dan goreng sekajap
* Cili padi
* Cili merah - aku tak buh sebab takde
* Tomato -aku tak buh tapi aku ganti dengan air asam jawa
* Bawang merah - aku pakai besar sebab senang sekali kupas,dasar pemalas!!
Belacan 
Halia -resepi asal tade aku bubuh
Bawang holland/bawang besar -hiris

Cara:
Bahan yang tanda * tu goreng sampai layu then tumbuk. Halia pun tumbuk
Lepas tu tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau. Jangan lupa belacan, campak sekali.
Kalau korang dah tumbuk tomato tu, jangan masukkan air asam jawa. Tang ni masukkan air asam jawa.
Kacau dan perasakan dengan garam gula
Last sekali campak ayam yang dah goreng tu, kacau sebati
Angkat.

Resepi ni memang sedap,cepat dan senang sedia. Makan dengan nasi panas memang A lah. Cili tu ikut suka nak banyak mana ikut level power pedas korang.

Aku tadi tambah jugak nasik makan sekali dengan sambal tempe bilis.

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno