Sabtu, 22 November 2014

Sardin Masak Sambal Ala Tomato Oren

Hari ni hari minggu, maka segalanya nak kena masak lah. Tapi kali ni nak masak sardin sah sah anak anak bulus ku sibuk la kalau bau ikan ni especially si kecik tu, Oben.

Hujung minggu macm ni aku bagi la anak anak main kat luar jap. Tu pun si Kupik yang bising nak kuar. Bagi dia keluar yang lain pun ikut secaa berjemaah la nak main kat luar. Tapi dah pesan awal awal jangan main jauh jauh main depan umah saja. Nasib baik la dengar cakap. Dapatlah dorang main puas puas kat luar sebab kucing jahat tak datang kacau.

Sambil hirup Nescafe 3in1 Latte tu, aku pikir nak masak apa arini. Malam tadi dah buat sup daging, ada lebih lagi boleh belasah lagi untuk arini. G dapur nak basuh cawan tengok ada satu tin sardin Adabi..heheheee...masak sardin lah.

So sambil sambil pikir nak sedia bahan apa sempat lagi aku basuh kain baju. Taruk kain baju dalam mesin bagi mesin buat kije. Tapi ada benda pulak dalam bakul tu, span muka aku. Patutlah aku cari merata tak jumpa rupanya dalam ni. Sape punya kije tah. Spin mesin bunyi semacam pulak. Buka tengok, nahhh!!! botol mineral akuuu!!! Sah kije Kupik yang suka melompat lompat kat mesin. Nasib baik bukan blender,kalau tak nangesss...

Ok berbalik pada citer sardin, aku pakai sardin cap Adabi. Tu sardin yang kiranya aku roket dari rumah mak aku...hahhaa..bukan roket mak aku kasi. Sardin Adabi  tin kecik ni ada empat ketul ikan je, yang brand lain aku tak tau la berapa ketul. Kecik je ikan dia, yang brand lain tak tau kan. Lain brand lain saiz kot. Aku ubahsuai sikit sardin ni. So aku kasi resepi la untuk rujukan aku nanti dan untuk korang yang nak try resepi ni. Tapi kalau nak share boleh tapi tolong mention sumber ye..jangan curikkkk hakcipta terpelihara.

Tapi masa aku goreng ikan si Oben boleh masuk umah mintak ikan.. huh, bagi sikit la. Si Kiki, Kupik datang ingatkan nak ikan, rupanya datang tengok tak nak makan pun. Eksyen tak makan sardin uollss..

Bahan:
1 tin ikan sardin (kuah jangan buang nak pakai nanti)
Cili giling
Serai (ketuk)
Bawang putih (ketuk)
Bawang merah (aku hiris kecik kecik je)
Buah keras (tumbuk)
Asam keping
Gula
Garam
Bawang besar (potong bulat)
Daun limau purut
* segala bahan tu pandai pandai ejas la sebab aku kalau masak lauk aku tak pakai la sukatan, aku main ikut suka ati je*

Cara bikin
Panaskan minyak sikit. Goreng ikan sardin tu sekejap bagi agak sikit garing. Angkat.
Dalam minyak yang sama,tumis bawang merah. Kemudian masukkan bawang putih kasi bau. Kedian masukkan serai. Bila naik bau, campak cili giling bagi garing sikit.
Masukkan kuah sardin tu dan bagi sedikit pekat. Bila pekat campaklah asam keping, daun limau purut dengan buah keras tu serta bawang besar. Perasakan dengan gula garam.
Masukkan ikan yang digoreng tadii dan gaul rata. Boleh angkat.

Makan dengan nasi panas memang mabeles. Aku buh limau purut tu tak nak bau hanyir ikan tu je. Yang buah keras tu aku pun tak tau apa motip aku buh..hahahhaa..sebab ritu mak aku penah masak ikan sardin taruk buah keras.

Sardin saiz ni aku guna..untuk makan sorang besar ni dah lee

Hasilnya adalah ini..heheheee

Jumaat, 21 November 2014

Kembalinya Nenek Gayung Movie

Malam tadi cadangnya nak buat assignment la,thesis la..sambil sambil tengok Pencetus Ummah..wahhh...tetiber jadi alim..kehkeh..

Habis Pencetus Ummah buka la channel 131 Astro Citra tuuu..eh eh..ada citer Nenek Gayung Kembali..hahahaa..citer ni seram tapi lucu..

Aku dah tengok citer ni tapi yelah ingat ingat lupa citer tu..malam tadi tengok jugak tapi tengok gitu gitu la sebab kije 2in1 kan..nak buat assignment sambil tengok citer.

Alkisah citer ni si Kevin seorang pelakon yang tak silap aku terjumpa nenek gayung ni. Katanya sape yang terjumpa nenek gayung dan telah dimandikan dia,esok orang tu akan mati.

Si Kevin ni yang dah terrjumpa nenek gayung ni jumpa dukun la nak buang sumpahan tu. Dia kena cari 7 telaga untuk dia mandi dengan air telaga tu. So dia bawak la kawan dia Boim dengan Abas cari telaga tu. Kat telaga tu macam macam hantu dorang jumpa dan yang selalu jadi mangsa Boim..hahaa

Pengakhiran citer aku tak ingat la sebab yang malam tadi aku tengok aku dah surrender dah..mata ngantuk sangat. Tak silap aku, sumpahan tu dapat dimatikan dan nenek gayung pu dah dimandikan dan semadi dengan tenang.


Oben katanya nak tengok citer Nenek Gayung, tengok tu melangut tengok..abaikan
frame aku yang tumbang tuu
Nenek gayung semasa hidupnya seorang tukang mandi mayat katanya. Masa dia mandi suami dia Datuk Cangkul nak mandikan dia tapi masa nak mandi jenazah nenek gayung tetiba Datuk Cangkul kena heart attack.



Lastly dia pulak tido..baru nak suh dia citer balik citer tu.






Selasa, 18 November 2014

Bila Digi Buat Hallll....

Aduhhh...malam ni punya la bikin panas..
Aku nak buat thesis ni nak tengok bahan sikit dalam internet..sekali digi buat hal..
Aku call center dari pukul 8.00 sampai 10.00 malam..haduuuu geraammm!!!!
Aku ingat kuota habis so aku dengan kental sekentalnya topap la lima hengget...eh sama jugakk.
Takleh jadi nii..call lagi..merepek lagi robot digi tu caka dari citer aku call mula mula tadi pasal kad kredit sampai aku call lagi merepek pasal selamatkan pokok dengan digi...
Yang paling aku rasa nak campak telepon nak gigit simcard digi bila dok merepek tu maaf perunding perkhidmatan kami masih sibuk,sila telefon sebentar lagii...hooiii!! melambung la bil aku.

Dalam geram tu aku try connect lagi buat kali yang keberapa puluh baru dapat.
Maka mood nak thesis terbantut maka aku buka blog aku ni.
Aku g join segmen blogwalking lagi bagusssssss

1st Segmen Blogwalking by Cik Ash

Malam ni aku gila blogwalking sebba tadi dah bengang dengan digi..
Nak buat thesis terus terbantut..
Maka pengubat duka buka blog..
Then jumpa segmen berblogwalking pulak...
Jom joinnn


Segmen Blogwalking by DJH

Jumpa lagi segmen blogwalking...
Jom join secara berjemaah..hehee


Isnin, 17 November 2014

Segmen Blogwalking Bersama Ayu Insyirah




Salam...hehehee
Nak join jugak segmen ni...
Nak tambah geng blog..

Yelahh...blog kita tak glemerrr...huwaaa...sedihhhh...hahahaaa

p/s: jadi jugak aku buat entry ni..punyala biol otak mcmana nak tepek gambar tu..ahhaa..benda senang jadi payah..apadaaa...


Sabtu, 15 November 2014

Makan Pagi Aku Yang Simple

Kalau time cuti aku stay je kat umah sendiri maka aku malas sangat nak sedia makan pagi. Semalam nak beli roti ingatnya, tapi tak teringat pulak. Balik rumah baru teringat,maka malam tu aku bancuh la tepung nak buat cekodok kosong buh bawang je..hehee..tapi lembut la aku buh soda sikit.

Tapi kali ni aku tak makan cicah dengan sos cili..aku cicah dengan sos yang aku buat sendiri..ala,sos keropok tuu.

Tambah best lagi tadi bancuh Nescafe Latte 3 in 1 yang menambahkan lagi level kemalasan aku..hahahaha.

Breakfast simple aku..

Rabu, 12 November 2014

Saya Ada Ahli Keluarga Baru Dah...

Hehehe..dah lama aku tak berblog kan.
Untuk sekian lama berspiderman la blog ni
Bukan apa aku busy sangat sebab skang ni ahli keluarga bertambah..
Lepas Kiko mati bulan Ogos dua hari nak sambut merdeka tak silap aku,aku dah amek sekor anak kucing bengal.
Nakalnye jangan citer la..paling hebat dari si Kiki.

Sekarang ni keperluan untuk meow empat ekor tu bertambah la dan kije hakiki aku sebagai pencacai najis pun bertambah..satu bekas tambah jd dua bekas,bekalan pasir pun bertambah,makanan pun bertambah,masa utk membelai seko seko pun bertambah..tu sebab nak amek ahli baru ni kena pikir semua tu..kalau sangggup proceed kalau tak,kim salam laaa...mcm jugak org nak tambah anak kan kan kan..hahahaa.

Kucing baru tu aku namakan Oben..mula tu buh nama Jebat tapi nampak mcm tak sesuai..sebabnye dia mcm tak aktif, pastu aku tukar nama Oben naahhh....nakalnyeee...sama mcm Kiki,nama sesuai kot sampai obesiti dia bahagia hidup dengan aku..

Citer si kucing kucing aku ni nanti aku citer,sebab sekarang ni aku tengah berhempas pulas nak setel proposal thesis aku yang kena rejectshop tu..hahahahaaa


Inilah si Oben..masa ni baru dalam sebulan lebih

© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno