Selasa, 29 Oktober 2013

Tadaaaa...Baru Dapat Tengok Muka Anak Sedara

Hihii...
Sampai opis aku buka henpon...eh ada wassap laa.dari adik aku...haha..
Buka-buka nah gambar anak sedara wehh..mau aku menjerit sorang sorang dalam opis punya best dapat tengok anak sedara even dalam henpon..

Aku call mak aku tanya dah tengok cucu kee..katanya belum sebab mak aku balik Kedah jap sebab ayah aku ada meeting..petang balik Selangor balik..

Aku cakap aku dah tengok anak sedara..punya dia excited suh buh dalam facebook..siap kejutkan si bongsu tu suh buka facebook nak tengok cucu..hihi..

Tapi baby kena kuning plak arini..sedihhh..tapi tak teruk sangat..mak aku call tadi asyik nangeh je maybe tak selesa kot sebab mata tutup pastu kena duduk bawah lampu floresent tu..apa yang aku belajar ritu lampu floresen tu akan memecahkan bilirubin yang menyebabkan kuning tu..sebab hati tak uraikan sepenuhnya bilirubin a.k.a darah merah yang dah mati..

Alahai nama pun tak bagi lagi so aku panggil girl jela..silap silap sampai besar aku panggil dia girl..hahahaa..

Ni dia gambar girl aku..





P/S: mak aku cakap dahi, mata dengan mulut atas sama macam aku...hihi...moga cepatla turun gejala kuning ko girl..dapatlah ko balik Kedah cepat-cepat, aunty tak sabar nak jumpa ko...

Isnin, 28 Oktober 2013

28 September 2013..Secara Rasmi Aku Jadi Makcikkk....

Hehehehee...28 September 2013, Isnin hari yang aku takkan lupa..
Sebabnya aku jadi makcikkk!!! hahahaa...first time dapat anak buah youuu...

Aku sampai opis entah macamana aku call mak aku..ala saja nak buat manja2 di pagi hari nak cakap selsema..muhahahaa...

Mak aku tetiba cakap mummy kat hospital Sungai Buloh ni Kak Teh nak bersalin..WHATTT???!!.eh bukan ke due bulan sebelas kee...awal plak yeee..

Mak aku cakap adik aku masuk hospital pukul 7 pagi tadi..excited gila aku..berkali kali aku call mak aku..kalau bukan mak kita sah sah kena maki kan.. hehee...mak aku melayan jela aku ni yelah tau orang excited nak dapat anak buah...hahaa.

Pukul 12 aku call lagi..mak aku cakap adik aku dah bersalin..aku tanya baby boy kee..mak aku cakap takk..baby girll..hoho...aku mati mati ingat baby boy..mak aku cakap takpela baby boy ke baby girl ke sama jee..

Aku ni tunggu la whatssup dari adik aku nak tengok muka anak buah. Mak aku cakap baby kat ICU plak..alahai kenapa plak ko baby girl..upenye tertelan najis dia..alamak,patutla doktor cakap dia bernafas pun tak berapa betul..atau maybe paru paru dia belum sedia terima oksigen kat luar.

Tadi mak aku call cakap baby girl dah ok..maybe esok buleh discharge sama mak dia..doktor cakap bila dia dah berak dan kencing okla boleh balik la insyaallah esok..phewww alhamdulillah selamat ko baby girl..tak sabar aunty nak jumpa kau...rupanya kau nak jadi anak Selangor macam ayah kau rupenye..hahaaa..tak nyempat nyempat kau balik Kelantah eh...hihi

P/S: esok dapat gambar si baby girl aku post dalam entri akan datang..hihihi..gila best rasa jadi makcik ni..hahahaaaa

Sabtu, 26 Oktober 2013

Aku Pening Dahh...Kenapa Beginiii....

Aku pening dahh..dah lama aku cari punca kenapa la ada macam iklan blog plak tepi post aku tu..tajuk blog plak blog dari oversea plak tu...kelasss ko nokkkk..hahahaa

Komplen dari sifu aku si Kutu pun ada cakap benda tu memang mengganggu proses nak membaca post..memang pun..aku sendiri terganggu nak baca.

Aku mula dah saspek template yang aku amek dari tenet dulu..aku dah buang..tukar template lain..eh ada lagi.aku pun pening dah mana punca tak tau..

Kalau korang tau apa punca tolong bagitau aku, nak buang benda tu..menyibukk jakkk!! Korang klik la kat link tu apa yang ditayang..hooho

http://tempatmencontengaku.blogspot.com/

Khamis, 24 Oktober 2013

Pak Guard...Boleh Dipercayai ke Sekarangg...Sama Jugak Macam Maid

Tadi gempar pulak pasal kes pegawai bank kena tembak oleh pak guard. Aku rasa ni kes pertama kot dalam negara pegawai bank kena tembak dengan pak guard. Apa nak jadi la dengan manusia sekarang ni, makin lama makin kejam. Dah la Isreal tu kejam ni penjenayah sekarang pun dah jadi macam Israel. 

Kenapa aku cakap pak guard boleh dipercayai atau tida sekarang? Ok..ni based pada pengalaman aku ye sebagai seorang pegawai yang kerja dalam bidang antidadah. kebanyakan penagih yang aku temubual untuk diambil statement untuk ke court kebanyakan bekerja dalam bidang keselamatan ni. Ha..tengok syarikat keselamatan ni tak amek kesah kan pasal pengambilan pekerja seolah tangkap muat jee..


Aku tanya pak guard yang amek dadah ni kenapa amek dadah alasan nak berjaga malam, untuk stamina la dan macam-macam alasan lain la. Cuba korang bayangkan kalau la masa tu tengah lalok apa akan jadi..


Satu lagi pak guard dari kalangan pendatang asing..hohoho..macam ni pun buleh kaaa..pada pendapat aku la tak perlulah amek pak guard dari kalangan pendatang asing ni macam-macam masalah boleh jadi. Kita tak tau apakah dia ni bekas penjenayah ke masa kat negara dia. Tapi yang aku tengok pak guard pendatang asing ni seolah bangga gila pakai baju uniform pak guard ni. Ada yang seolah bila pakai uniform guard ni kuasa macam polis..hahahaa..kesahnya aku nak g melawat mak sepupu la kat kondominium kat KL tu..kan kalau tinggal kat kondominium ni ada guard, standard la kan.. Yang bestnye dengan muka kerek minta ic tuuu..hahaa..aku cakap dia kau mana ada hak nak pegang kad pengenalan aku konon aku tak nak bagi. Cet macam nak hangen je dia, pastu aku cakap kau punya pasport aku nak tengok..hahhaa..diam terus beb..muhahahhaaaaa...


Mak maid pun sama la, takleh percaya jugak.dera anak majikan la curi duet majikan la..macam-macam halll...


P/S: tapi masalahnya kebanyakan rakyat kita ni memilih kerja, tak nak la kerja lekeh lekeh macam ni..kerja memilih tapi....lu pkir la sendrikk..sori post aku yang ni takde gambar hiasan sebab aku malas nak tepek gambar alasannya aku pedap dengan pak guard..boleh macam tuu..hahahaaa

Selasa, 22 Oktober 2013

Madu Kelulut dan Habatussauda'

Tadi lepas gi court aku lepaking la dengan sarjen polis yang bawak kes tadi..so nak dijadikan cerita pasal kaki aku yang bengkak, aku letih. So dia tanya aku nak try tak madu kelulut..madu kelulut?? Madu tualang aku tau la..

Owh ok..aku pernah nampak signboard madu kelulut ni kat area kampung di Merbok, Kedah masa aku on the way nak ke UiTM. So sarjen ni cerita la yang adik dia dulu gout makan madu ni lega la gout dia. Kebetulan plak ada sorang akak ni yang makan sekali bagitau madu ni ok sebab ada kes sorang cikgu ni dah lama hidap breast cancer sampai habis RM 50k lebih la nak berubat.

Last-last dia try madu kelulut ni dan sapu kat breast dia. Alhamdulillah dah ok dan sel-sel baru naik, sel barah tu seolah disappear.

Tapi kalau madu ni aku berani la makan sebab dia bahan natural kan, habatussauda’ pun mak aku kasi makan. So kebetulan sarjen tu ada lagi madu kelulut maka aku beli la kat dia RM 120 500gm.

Awat jen tak habaq juai maduu..??
Aku malas nak heboh cuma aku jual la kat balai kat budak-budak aku yang mana nak, so aku dengar hang bengkak kaki la letih la aku tanya laa..

Hahahaa...macam tu plak..rupanya madu kelulut ni lebah kecik yang sarang dia kat pokok. Madu dia agak jernih sikit banding madu biasa kita makan tu.

Sarjen tu cakap kalau nak bela lebah ni kena potong juga pokok tempat dia buat sarang sebab dia ni jenis buat sarang nature punya bukan macam lebah madu yang orang dok pelihara tu..
Ooo yeke macam tu plakk..

Rasa madu ni tak manis sangat..hihi..manis-manis masam sikit..tp lepas makan madu ni kena minum air banyak la sebab dia agak panas, pesan sarjen tu..



Kebetulan beli madu tadi sarjen bagi free habatussauda’..free katanya..ala,kitorang ni dah macam anak dengan bapak dah..hahahaaa..

  Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Itu botol madu lebah kelulut dan habatussauda' free..abaikan barang di belakang..hahaha.



Isnin, 21 Oktober 2013

Sesi Menunggu..hihiihi

Hehehee...minggu ni ada benda yang aku menunggu ni..tak sabar rasanya nak tunggu ianya tiba..
Apakah benda tu?

Yang pertama adalah tudung hoodie..ala ala Robin Hood la tudung tu..aku tengok akak yang satu umah dengan aku masa kursus ritu pakai..cantik beb..so aku adalah order dengan dia tapi nampak gaya macam lambat. So aku godek tenet jumpa la satu blog ni jual jugak tudung hoodie.. http://bmyraa.blogspot.com/ tu dia punya url web..hihi..banyak sebenarnya jenis tudung hoodie ni..ada yang aku tengok tak berapa nak kemas maca meleret jee..aku tengok kat blog ni ok la ada iras iras tudung hoodie yang aku pesan kat akak tu..

Yang kedua adalah tempahan header daripada deno..hihi..ritu tak tau yg deno buat tempahan header aku ada order dengan kawan so lambat sangat plak kebetulan dia ada cakap baru pindah umah so dia cakap kalau nak cancel order takpela sebab banyak header dia nak buat..hohoho


Tunggu nanti header aku..hohoohhh


Nah..inilah rupa tudung hoodie yang aku order..akak tu cakap nak bagi free gift..aku tanya tiket legoland kee..hahahaaa

Sabtu, 19 Oktober 2013

Alkisah Adegan Mengelipkan Lampu Kereta

Adegan mengelipkan lampu pada kenderaan yang lain maybe dah biasa pada kita kan sebagai pemandu atau lebih tepat pengguna jalan raya..hahahaaa

Apa motip mengelipkan lampu pada kenderaan lain? Salah satunye sbb selisih dengan kawan di jalan betul ke ayat selisih tu tp yang penting maksudnye kawan tu dalam kereta.owhh ayatkuuu... yang ni konon malas nak tegur kawan pakai hon..hahahaa...kalau yang tu ok la..

Tapi bila dah kelip macam tu kita ingat dia kelip kat kereta belakang kita la maybe kawan..tu kalau ada kereta di belakang kete kita la...kalau takdee mcmana...???ngeeeee....

Masalahnya sekarang bukan satu kereta yang kelip tapi ada la dua tiga kete yang kelip..pesal dengan keretaku..bonet terbuka? Atau atau..ada benda yang menumpang..hoho

Hahaaa...takde maknanya tu..dah ni sikap prihatin masyarakat Malaysia dengan menggunakan lampu kenderaan especially kereta la nak bagitau kat depan ada polis atau JPJ buat roadblock laaa...hahahaa..kalau macam tu takde la kereta atau kenderaan lain nak disaman yee...


Bak kata abang JPJ kalau macam ni la mau berpeluh kaki kami ni berdiri nak tahan kereta..hahahahaa..



Sekadar hiasan..

Jumaat, 18 Oktober 2013

Baru Nonton KL Zombi

Petang yang indah tapi memang indah pun..hahaa..buka Astro tadak citer best. Kebetulan plak adik bongsu aku beli citer KL Zombi, macam best je citer.

Maka adik aku suggest jom r tengok KL Zombi yang aku beli semalam. Tengok ramai-ramai best eleh takat aku dengan dia jeee.. Mula-mula tengok ok g scene si Zizan and the geng konon nak g sambut tahun baru nak g tengok bunga api. Tetiba sorang geng dia nama pelakon tu aku tak tau sbb tak glemer maybe kena gigit dengan anjing. Huhu..start dari situ la merebak virus zombi.

Tapi yang tak bestnye citer ni agak meloyakan la bagi aku sebab darah konon meleleh dari mulut sekali dengan saliva neh....yarkkk!!! Nak termuntah aku..adik aku cakap nyesal plak aku beli ingat ok..hahaha...maybe aku tak reti menilai seni zombi agaknya...hahahaa


Huh, baik aku g makan belimbing kat dapur lagi feeelll....

P/S: Zombi Kampung Pisang lagi best takde adegan meloyakan..




Rabu, 16 Oktober 2013

Hidangan Simple Aidil Adha

Semalam hari raya aidiladha, maka disebabka aku tak pulang ke kampung sebab salah timing tarikh maka aku telah buat hidangan la untuk bff aku yang awal awal cakap nak datang beraya. Haaa...ni la first time aku masak nasi ayam..hoho...naib la menjadi. Mak aku dah pesan awal awal masak lebih sebab dorang nak balik ke Kedah petang nanti.

Maka dengan gigihnya aku usaha la buat nasi ayam tu..hahaha..alkisah semalam aku dah ronda Tesco dan barangan pun macam macam aku beli. Kena kontrol berbelanja sebab gaji bulan November ni lambat lagi.



Sempena kedatangan bff aku ni, aku hidangkan nasi ayam, kek oren dengan cheesekut. Suka dia dengan cheesekut aku yang pertama kali jugak aku bikin. Sebelum dia balik aku bagi bekal jugak la cheesekut tu..hihihi

Ini adalah barang sampingan untuk aku ngaappp...

Ayam yang digoreng hasil perapan dengan kicap ABC

Ayam yang aku hias secara kreatif..hahaa

Hidangan untuk sahabat aku, sup ayam, sambal ayam, cheesekut, kek oren dengan ayam goreng..

Selasa, 15 Oktober 2013

Nak Try Buat Cheesekut La....

Al kisah orang buat biskut krim cheese a.k.a cheesekut bunyi macam kedekut aku pun nak try buat jugak. Tapi risau jugak la kot tak sedap nanti ada pulak mulut-mulut gatal yang kome yerk tak sedap itu selalunya komen adik-adik aku laa..  Dorang ni tak tau ke yang aku ni gigih usaha nak buat segala bagai masakan nak suh korang makan tauuu...

Ok semalam aku amek time off la..kul 1.00 petan pas habis kes kat court aku punch out blah laa...tak pasal balik kul 4.30 ptg mc hammer plak di Penang Bridge tu..

So disebabkan keinginan yang membuak buak macam larva gunung berapi tu aku singgah la di Tesco Extra Sungai Dua tu cari creamchesee..mula tu cari kat bakery shop kat Balik Pulau baru aku tau ada bakery shop di situ pulakk...creamcheese habis..maka aku terjah ke Tesco la...aku dah agak dah pi Tesco macam-macam la aku beli..habis dekat RM 50 jeeerrrr.....baru banyak tu hokeyyy..

Ok berbalik pada cheeskut tu, barang yang aku beli creamcheese jenama Australia apa tah..sebab aku nak amek yang Tartura tu tak sampai nak amek sbb tinggi sgt nak capai..hahaha..ada yang Tartura tapi besar gilooo...Philapedia takdo plakk...okey tengok ada halalan toyyiba..aku beli laaa..susu plak aku ingat nak beli yang fresh milk tapi mesti rasa kosong je..so aku beli susu strawberry,nak beli yang coklat rasanya macam tak best..biskut pun jenis cream cracker.

Maka malam raya tu aku belasah la nak buat cheesekut. Aku putar cream cheese sampai kembang guna mixer mak aku...hohoh...pastu masuk sikit susu strawberi tu..jangan taruk banyak kang pekat melikat plakk...pastu aku taruk sesuka hati susu pekat manis agak agak manis laa..kang tak pasal kencing manis plak...

Siap dah putaran cheese, sediakan loyang atau bekas untuk cheesekut. Sila celup biskut kraker dalam susu tapi jangan lama nanti lembik biskut tu..apa lagi masuk mulut rr.. aku buat kiraan sepuluh je senang..pastu susun la ikut kreativiti korang dalam bekas. Pastu lapis dengan cream cheese tad..ulangi proses mencelup biskut tadi dan lapis lagi. Biskut tu kasi tekan tekan sikit kasi padat. Lastly cream cheeseyang akhir buat la toping atas biskut tu. Simpan dalam peti ais untuk kasi dia keras.



Kawan aku datang tadi aku hidang kat dia. Dia cakap sedapppp..memang nak habis satu pinggan dia makan tanpa segan silu..hahahaa..aku hepi la siap kasi dia bawak balik..aku cadang pasni nak try buat cream cheese tu buh nescafe ke plak. Kawan aku cakap cuba buh strawberi plak pasni..hmm good ideaaa!!

Ini adalah bahan -bahan nak buat cheesekut..susu pekat tu free sebab dah ada kat umah mak aku...hoho


Hasil daripada melayer biskut.



Tadaaaaa....hasil potongan cheesekut


Ahad, 13 Oktober 2013

Ubat Penawar Hati Yang Sepi..Boleh Gitu Jahhh....

Sejak dua tiga menjak ni memang aku stress tahap dewa dewi la..tu sebab idea nak conteng kat blog ada tapi disebabkan stress terbantut nak menconteng..last punya stress bos aku plak suh aku dengan kawan aku cari orang untuk satu program teeetttt takleh bagitau laa satg aku kena saman..ada patut dorang ni nak buat program dekat nak raya so ramai la warga kerja jabatan kat sini waima bila aku pandai pakai ayat waima student pun nak balik kampung..dikatanya aku dengan kawan aku cari orang last minit,gila menggelegak la aku!!!!

Weh..aku dah cari awal hokey tapi kalau dah dorang nak balik raya jangan salahkan aku...tu program sape suh buat dekat nak raya..peserta pun komplen pesal buat dekat nak raya kami pun takleh nak participate laaa...aku rasa macam nak tumbuk je bos aku tu..dah la kita yang usaha cari dia reti bagi arahan saja tolong cari tidakk...beza dengan bos lama aku dulu walaupun mulut dia potpet dia tolong jugak carik..

So untuk meredakan stress aku ni,maka aku beli benda ni..kira 1st time aku beli sejak aku kerja ni..masa study dulu rajin plak aku belii...

Jeng jeng jenggg...

MAJALAH UJANG..hahahhaaaa




Isnin, 7 Oktober 2013

Kursus Lagi Akuu...

Dah lama aku rasa aku tak membuang masa di blog ni kan...mana taknya agak sibuk plus stress kije...adoiii..aku rasa mcm nak carik kije lain la pasni..kije dgn zoo kee..

Bermula arini aku kena kursus plakkk..nasib la tempat kursus dekat dengan rumah..kat mana? nanti aku bagitau..sbb usb plug tak bawak ni tak best la citer tanpa ada gambar kan..hihi...

Sebelum datang kursus tadi pun aku sempat buat pizza kat mommy aku..dia yang request..aku buat jela kan..

Rumet aku tak sampai lagi ni..lantak la ko tido la kat luar ke..aku dah nak tido sebab sejuk macam igloo dah...aku siap mintak dengan mak aku selimut tebal sebab takut gigil tido..almaklumla cuaca hujan jeee..tu aku derhaka sikit park kete depan tangga hostel..alasannya sebab hujan..boleh macam tuuu....
© Copyright 2013 Reserved to Tempat Mencontengku l Design by DayangDeno